Penyakit berpunca daripada sikap negatif yang ada dalam diri walaupun sedikit. Merawat punca ini ialah rawatan yang terbaik dan paling berkesan di dunia untuk mengatasi segala masalah penyakit walau paling kronik sekalipun. Sila rujuk post bertajuk Falsafah Punca Penyakit untuk keterangan lanjut.
Penyakit Genetik
Bayi yang lahir dengan pembawakan genetik, akan turut membawa kesan, potensi atau mengidap penyakit itu sendiri. Ibu bapa yang mengalami sesuatu masalah berkaitan dengan sistem penghadaman misalnya akan menyebabkan anak mudah mendapat jaundis (demam kuning).
Anak yang selalu meragam biasanya mengalami sesuatu masalah kesihatan yang perlu diberi perhatian.
Sesuatu yang ditanggung oleh seseorang adalah sebahagian daripada diri orang yang menanggung itu sendiri. Penyakit yang berpunca daripada genetik adalah masalah yang perlu ditanggung oleh ibu bapa sepanjang tempoh anak membesar dan boleh menanggung diri sendiri.
Kepada semua manusia, secara semulajadi (tanpa sifat hening, ikhlas, sabar, redho) penyakit dipengarui oleh sikap dan pemikiran seseorang. Ia adalah berkeadaan saling seimbang, oleh itu organ yang sakit atau lemah atau bermasalah boleh mempengaruhi sikap seseorang. Pada peringkat kanak-kanak, kesan daripada penyakit anak boleh memberi kesan terhadap tingkah laku anak seperti nakal, hiperaktif, disleksia, ADHD, suka menipu, suka mencuri dan sebagainya. Disebabkan "falsafah punca penyakit ialah runtuhnya akhlak", maka penyakit yang dialami tanggungan ini boleh jadi adalah berupa "kifarah" atau penghapus dosa ibu bapa.
Ruang dan masa amalan
Setiap kejadian dalam alam ini adalah secara berpasang-pasangan. Perkara yang baik dan tidak baik tidak dapat berlaku seiringan sebaliknya berlaku berlawanan pada masa yang berlainan. Dalam sesuatu perbuatan (pemikiran dan tingkah laku), sekiranya dilakukan perkara yang baik maka perkara yang tidak baik tidak dilakukan serentak.
Mereka yang melakukan kebaikan, tidak boleh melakukan kejahatan dalam masa yang sama.
Thaghut
Sesuatu yang membawa kepada kesan negatif sama ada sengaja atau tidak disedari yang boleh menyebabkan kesan negatif terhadap pemikiran dan tingkah laku sehingga mempengaruhi kesihatan tubuh (melalui tenaga pada sel) lebih tepat disebut dengan satu istilah arab yang digelar "Thaghut" (tho, ghoin, wau, ta).
Thaghut adalah bertentangan dengan amal ibadah kepada Allah. Semakin banyak amal ibadah, maka semakin banyak toghout dapat dihindari.
Sesuatu yang thaghut adalah sesuatu yang tetap memudaratkan tubuh secara halus sedikit demi sedikit atau secara langsung. Ia boleh jadi secara ideologi pemikiran, emosi atau perasaan, perbuatan atau semangat seseorang.
Syukur, sabar, ikhlas, redho.
Maha Pencipta ialah kuasa yang terulung. Keupayaan untuk mengingatinya akan menghampirkan diri kepadaNya. Mereka yang hampir kepdanya ialah mereka yang segala amal perbuatan dan pemikirannya baik. Semakin kita dapat meningkatkan amal ibadah, semakin dekat diri kita kepada Allah.
Sel yang bertenaga dan menjalankan fungsinya dengan normal ialah sel yang mempunyai sifat syukur, sabar, ikhlas dan redho. Kesihatan yang optimum datang daripada sel yang mempunyai sifat ini. Sifat ini hanya mudah dicapai apabila kita dapat meningkatkan amal ibadah.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.
Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd. No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh |
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O) |
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya |
2 ulasan:
Assalamualaikum.
Akhirnya baru saya tahu CVT ni menjauhi Thaghut dan mendekatkan diri kepada Allah.
Segala-gala ajaran Islam dan tuntutan amal ibadah kesemuanya menuju kebaikan dan manfaat diri manusia tanpa disedari.
Tak salah nak cakap "straight to the point" supaya menjauhkan diri dari Thaghut dan mendekatkan diri kepada Allah dan segala-galanya kerana Allah tanpa perlu susah payah nak explained secara scientific.
Dalam sebuah buku yg bertajuk 'Resurfacing'(The Technique for Exploring Conciousness) tulisan Harry Palmer beliau mengemukakan soalan berikut : Adakah kepercayaan kita dibentuk oleh pengalaman kita atau kita melalui pengalaman yg kita percaya? Hasilnya ialah kepercayaan adalah permulaan segala2nya.
Kita mengalami apa yg kita percaya atau dgn kata lain kita menarik perkara2 kearah laluan kehidupan mengikut kepercayaan kita.Yang kita percaya ialah mengawal pandangan kita dan kita melihat perkara-perkara tersebut melalui kaca mata kepercayaan kita.
Sesuatu yg kita percaya akan sentiasa melekat kuat dalam fikiran bawah sedar kita. Minda bawah sedar kita bersifat 'yes sir' iaitu mematuhi segala arahan yg positif atau negatif.
Untuk menghapuskannya ialah kita mesti berusaha menukar arahan kepada minda bawah sedar kita kepada positif dan perkara2 yg boleh menguntungkan dan membahagiakan kita.
Rawatan CVT merupakan satu cara alternatif untuk menseimbangkan spiritual,emosi, mental dan juga fizikal. Kunci minda yg positif ialah melalui kesihatan yg baik. CVT menganjurkan sifat sabar, tenang, ikhlas dan redho dalam rawatannya. Kerana sifat yg baik akan menyusun dan membentuk pemikiran yg baik dan positif.
Catat Ulasan