SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Isnin, 6 Oktober 2008

Kesihatan Mulut

Mulut mempunyai kesan refleks terhadap organ-organ tertentu. Apabila kawasan mulut mengalami sesuatu masalah seperti ulser, sakit gusi, gatal lidah, pecah bibir atau kering dan sebagainya, ia menunjukkan organ refleksnya juga adalah lemah. Kesihatan mulut boleh diawasi melalui organ refleksnya begitu juga dengan dengan organ refleks daripada mulut boleh dirawat terus daripada mulut itu sendiri.

Kawasan Level Mulut

Dalam penyusunan sistem anatomi menurut konsep rawatan Attitude Therapy, mulut ialah kawasan CL 7. Oleh itu, kawasan-kawasan atau organ-organ ini mempunyai tenaga sel yang sama iaitu dalam lingkungan 444 nanometer atau menyamai getaran warna varna indigo yang gelap.

Oleh itu, apabila seseorang itu ada sesuatu masalah di bahagian mulut, ia menunjukkan tubuh kekurangan tenaga CL 7 (indigo gelap). Malah kemungkinan bukan bahagian mulut sahaja yang terjejas, malah mana-mana salah satu di bahagian mulut. Misalnya mereka yang ada ulser di mulut juga kemungkinan badannya panas, atau telinganya berdengung.

Antara yang terlibat dengan kawasan CL 7 ialah:

Kawasan
Mulut
Gigi
Lidah
Gusi
Bibir
Kulit dalam mulut (lelangit, dalam pipi, dalam bibir)
RahangMeliputi dari sendi rahang hingga dagu
TelingaCuping telinga
Saluran dalam telinga
Gegendang dan komponen dalam telinga keseluruhan
Tiub eustachian (menghubungkan antara bahagian dalam telinga dengan tekak)
SerebrumMengawal saraf mata (mata kering, mata panas, mata pedih)
Kon saraf (berkaitan dengan pengecaman warna)
Ligamen kanta mata (berkaitan dengan rabun)
Iris mata (berkaitan dengan silau)
* bahagian ini ialah otak bawah atau sebaris dengan belakang telinga
SerebelumMengawal tekanan darah tinggi
Panas baran
Kawalan suhu (titik kelemahan dan punca demam)
Cervical

(Tulang belakang / saraf tunjang)
C2 - Saraf, mata, telinga, sinuses, lidah, mastoid, pusat telinga (locomotion centre), deria, tekanan perasaan.

C3 - Telinga, gigi, saraf muka (trifacial nerves), kesedaran seksual, medulla oblongata.

C4 - Mulut, hidung, eutachian tube, mastoid.



Karektor CL 7

Keunikan kawasan mulut atau level CL 7 ialah ia menjaga karektor citarasa. Keupayaan lidah, mulut, gigi, dan deria lain seperti telinga untuk mengesan sesuatu, menentukan tahap citarasa seseorang. Mereka yang mempunyai tahap kesihatan yang optimum di kawasan tersebut akan mempunyai citarasa yang tinggi dan mudah bersyukur. Mereka yang lemah di kawasan tersebut akan lebih cerewet dalam memilih.

Walaupun mulut secara logiknya lebih menjurus kepada pemilihan makanan, tetapi kesan pengaruh karektor juga mempengaruhi pilihan perkara lain yang berupa keperluan atau pemilikan sesuatu. Misalnya seseorang yang ingin memilih sesuatu pakaian, organ yang memainkan peranan mengesannya ialah bahagian CL 7 (tetapi ia tidak perlu dirasa atau dikunyah atau dimakan). Makanan itu sendiri juga menjadi pilihan bukan berdasarkan dirasa dengan lidah terlebih dahulu, memadai dengan cara merenung dan memerhatikannya kemudian kesediaan di kawasan mulut atau CL 7 akan menentukan tahap penerimaannya.

Dari sini, dapat disimpulkan bahawa mereka yang terlalu memilih atau cerewet serta kurang bersyukur ada kemungkinan lemah di mana-mana salah satu atau beberapa bahagian di level CL 7 terutamanya masalah di mulut seperti ulser, sakit gusi, bibir kering, gatal lidah dan sebagainya.

Organ refleks CL 7

Organ-organ refleks dengan kawasan CL 7 terutamanya mulut ialah organ-organ penghadaman. Bahagian-bahagian penghadaman adalah bahagian yang mempunyai getaran yang menyamai dengan warna kuning.

Secara keseluruhannya, kelemahan di mana-mana atau lebih daripada satu bahagian pada organ kuning (organ penghadaman) akan menyebabkan timbulnya simptom tekanan darah tinggi. Darah tinggi bukan merupakan penyakit, tetapi gambaran umum untuk menentukan tahap kesihatan tubuh keseluruhan. Dalam kaedah rawatan Attitude Therapy, apabila seseorang itu didakwa mengidap tekanan darah tinggi, ia menunjukkan sistem penghadaman dan otak yang mengawalnya (serebelum) terganggu dan menjejaskan kesihatan tubuh keseluruhan.

Berikut ialah kesan refleks antara kawasan organ penghadaman dengan level CL 7 terutamanya mulut.
ORGAN KUNINGREFLEKS TERHADAP KAWASAN CL 7
CL 12

- Hati

- Perut

- Limpa
Putih mata kelihatan kuning (jika kronik).
Pipi dan kulit wajah kelihatan kuning (jika kronik).
Ulser di mulut sekiranya terdapat ulser di perut.
Kancing gigi sekiranya sistem limpa terganggu.
Rabun mata sekiranya hati lemah.
Bibir kering atau pecah.
Mata terasa panas atau kering.
Keseluruhannya boleh menyebabkan simptom tekanan darah tinggi.
Suhu badan panas dan simptom demam.
Telinga berdengung.
CL 13

- Buah Pinggang
- Kelenjar Adrenal
Eye bag (sembab di bawah mata).
Lebam di sekeliling atau bawah mata.
Soket mata kering atau mata terasa panas.
Muka sembab (water retention) atau simptom mongoloid.
Psikologi suka merungut agak ketara.
Lebam di leher sekiranya Kelenjar Adrenal lemah.
Putih mata kelihatan kuning (jika kronik).
CL 14

Hempedu
Kulit wajah berjerawat.
Sekiranya tahap urik asid tinggi serta sistem limpatik terganggu, jerawat akan berada di sekitar rahang.
Wajah kelihatan serius atau garang.
Putih mata kelihatan kuning (jika kronik).
CL 15

Pankreas
Putih mata kelihatan kuning walaupun sedikit kelemahan di bahagian pankreas.
Pandangan mata menjadi silau.
Sakit belakang tengkuk.
Gusi sakit atau bernanah.
Bibir gatal.
Sakit geraham bungsu (gigi geraham terakhir hendak tumbuh).
Keseluruhannya boleh menyebabkan simptom tekanan darah tinggi.
Suhu badan panas dan simptom demam.
Telinga berdengung.

Petua kesihatan CL 7

1. Kumur Garam

Dalam mulut terdapat bahan semulajadi yang meneutralkan sebarang masalah di dalam mulut iaitu amilase atau air liur. Pada masalah yang lebih berat, air liur tidak dapat berperanan untuk menjalankan fungsinya dan bantuan daripada luar amat diperlukan.

Rumusan: GARAM = BIRU = THYROID = NEUTRAL

Kawasan kelenjar air liur adalah kawasan yang mempunyai vibration yang menyamai dengan warna biru. Biru juga merupakan getaran yang terdapat di dalam garam secara semulajadi.

Berkumur dengan garam yang dilarutkan dengan air dapat mengatasi masalah di dalam mulut seperti ulser, luka, bibir kering, sakit gusi, gatal lidah dan sebagainya. Ia boleh membantu kelegaan serta merta tetapi dalam tempoh yang terhad. Oleh itu, berkumur dengan larutan garam hendaklah dilakukan dengan kerap sehingga masalah tersebut hilang. Berkumur boleh dilakukan sekurang-kurangnya setiap 3 jam (kerana kesannya kurang setelah kira-kira 3 jam) atau setiap kali rasa sakit itu datang semula.

Larutan garam boleh bertindak sebagai antiseptik semulajadi yang paling lembut dan selamat untuk mulut. Mengamalkan berkumur dengan larutan garam dapat mengatasi masalah nafas berbau, membantu meningkatkan selera makan dan mempercepatkan pemulihan kawasan mulut yang mendapat sesuatu jangkitan (biasanya ulser mulut).

2. Bersugi

Bersugi mempunyai rahsia antibiotik semulajadi yang boleh mengawal pembiakan bakteria. Bakteria yang tidak terkawal boleh meninggikan risiko masalah ulser di mulut dan nafas berbau.

Bersugi bukan amalan tradisional lagi malah ia mempunyai rahsia yang sungguh saintifik. Gosokan daripada kayu sugi membantu mengecaj kembali elektron yang hilang di kawasan gigi. Bersugi membantu menanggalkan plak (ikatan protein, narkotin dan tanin) sehingga memutihkan gigi keseluruhannya walaupun hanya digosok di bahagian hadapan sahaja (kerana vibration elekton akan tersebar ke seluruh gigi yang saling bersentuhan).

3. Makan Terung

Satu-satunya makanan yang mempunyai getaran warna yang menyamai dengan kawasan indigo pada tubuh badan manusia ialah terung. Mengamalkan pengambilan terung akan membantu menguatkan kawasan sinus dan rongga kawasan mata dan gelinga. Kawasan sinus, rongga mata dan telinga yang bertenaga berkeupayaan mengawal kadar kelembapan dan juga aktiviti bakteria. Bakteria tidak dapat menyesuaikan diri (secara parasit) dalam persekitaraan yang bertenaga (kerana bakteria mempunyai vibration tersendiri).

Mereka yang mengalami masalah resdung yang menyerang ke peringkat rongga mata dan telinga boleh mengurangkan masalah tersebut dengan cara mengamalkan makan terung.

Terung bukan dalam kumpulan mineral, oleh itu ia tidak perlu diambil berlebihan. Pesakit resdung yang suatu ketika dahulu dinasihatkan supaya tidak memakan terung sebenarnya tidak mendatangkan mudarat, sebaliknya kesan yang berlaku ialah pembongkaran apabila kuman resdung keluar dengan cara yang mendadak ke permukaan kulit wajah, leher dan kepala. Kuman resdung yang keluar dengan banyak ini menimbulkan masalah sekiranya kawasan kepala tidak dicuci dengan sempurna.

Rawatan Mulut

Terdapat beberapa formula yang sesuai digunakan untuk merawat masalah berkaitan dengan mulut atau kawasan CL 7

Formula CL 7

Sebenarnya, mana-mana masalah di kawasan CL 7, rawatannya tetap dengan satu formula sahaja kerana kesemua kawasan tersebut mempunyai getaran warna yang sama. Malah kebiasaannya lebih daripada satu kawasan yang lemah. Misalnya mereka yang ada ulser di mulut juga mengalami masalah suhu badan panas atau telinga berdengung atau sebagainya.

Hidrotherapy Ais

Kawasan CL 7 ialah pusat kawalan suhu. Apabila kawasan ini lemah, biasanya suhu badan akan menjadi panas dan sensitif dengan perubahan suhu persekitaran. Mereka mudah mendapat demam apabila berhadapan dengan pertukaran suhu seperti daripada musim panas ke musim hujan. Atau biasa keluar masuk dari bilik berhawa dingin dan berjemur di tengah panas.

Secara semulajadi seseorang itu boleh mengamalkan minum air sejuk. Kerap minum akan mengatasi masalah bibir pecah, sakit gusi atau ulser di mulut atau sebagainya.

Biasanya pada permulaan bulan Ramadan, terdapat ramai yang mengadu masalah di mulut seperti ulser, bibir pecah, telinga berdengung, sakit gusi, gigi geraham baru hendak tumbuh dan sebagainya. Keadaan ini disebabkan pada beberapa hari yang pertama bulan Ramadan mereka kurang minum air sejuk dan terlebih mengambil makanan yang tinggi kalori seperti cili, kari, lada dan rempah. Mengamalkan bersahur dengan air ais dan berkumur dengan air garam dapat membantu masalah ini dengan segara. Pada pertengahan hingga penghujung bulan Ramadan, tubuh boleh menyesuaikan diri dengan keadaan kekeringan di mulut dan masalah di kawasan mulut biasanya jarang berlaku.

Masalah kelemahan pada bahagian mulut atau kawasan CL 7 akan terjadi akibat pengambilan makanan yang berkalori tinggi atau panas pada hari lebaran sehingga wujudnya fenomena "demam raya".

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

Tiada ulasan:

Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)