Formula sebagai ikhtiar untuk mempertenagakan kawasan Pusat Kawalan Suhu yang merangkumi telinga, rahang, bibir, lidah, mulut, gusi yang membantu merawat simptom seperti kerap demam, telinga bernanah, gegendang telinga tercedera atau pecah, pekak, penyakit di bahagaian lidah dan bibir kering atau pecah, penyakit gusi, sakit gigi dan sebagainya.
[Gambar CL 7]
FORMULA | CL 7 |
NAMA FORMULA | |
WARNA | INDIGO |
PANJANG GELOMBANG | 444 nanometer |
WAKTU RESONAN | Maghrib hingga Isyak dan 3 jam sebelum subuh (7.30 malam hingga 8.30 malam) (3.00 pagi hingga 6.00 pagi) |
PSIKOLOGI KETIKA SIHAT | Citarasa, matang |
PSIKOLOGI KETIKA SAKIT | Cerewet, mengharap. |
KAWASAN |
|
KAITAN/ TANDA / SIMPTOM |
|
KETERANGAN FORMULA |
|
Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk masalah atau simptom yang berkaitan dengan pusat kawalan suhu seperti kerap demam, sakit gusi, lidah dan bibir pecah, pekak, buta warna atau sebarang jenis penyakit, sila hubungi saya. Insya Allah kita ikhtiar dengan sedaya upaya. Saya bersedia merawat anda walau di mana sahaja anda berada.
5 ulasan:
Salam sekali lagi,
Terima kasih atas maklumabalas yang padat berkenaan "Lelaki Lembut",insyaallah, saya akan menerangkan dgn sebaik mungkin dan membantu pihak berkenaan.
Soalan saya kali ini ialah berkenaan dgn peluh berlebihan. Difahamkan bahawa org yg berpeluh adalah org yg sihat, tp bagaimana pula dgn org yg mempunyai peluh berlebihan? Walaupun tidak melakukan kerja berat atau berjogin dsbnya,peluh ttp keluar dan kadang2 menimbulkan ketidakselesaan terutama di khalayak ramai,adakah itu sejenis penyakit juga?
Perlukah mengambil NW7 atau formula yg lain.
Terima kasih sekali lagi, semoga setiap pertanyaan yg saya ajukan, akan memberi manfaat kpd org lain dan bukan saya seorg shj,wassalam.
Assalamu'alaikum,
Tuan Arif,
saya tak pasti samada tuan sudah menerangkan ttg masalah berkenaan peluh berlebihan atau atas kesibukan, masih blm dapat memberikan penjelasan berkenaan perkara tersebut. Saya tidak dapat memastikan kenapa peluh keluar terlalu banyak, tetapi org berkenaan tidak menggigil dan juga tidak melakukan kerja berat.
Terima kasih sekali lagi kerana meluangkan masa di sini.
Wassalam.
Memang saya kesibukan sedikit terutama 3 hari sebelum hujung dan selepas awal bulan kerana kerja-kerja mengaudit akaun dan stok ubat. Namun statement yang bertulis "selewat-lewatnya 3 hari diperlukan untuk menjawab setiap COMMENT" tidak akan diubah.
Berdasarkan pengalaman saya merawat pesakit yang mengalami peluh berlebiha, saya telah sediakan post bertajuk "Peluh Berlebihan". Semoga post tersebut dapat membantu meringankan penderitaan mereka yang mengalami masalah Peluh Berlebihan, Insya Allah.
Smekom... saya berminat dgn rawatan penyakit Demam maklum lah ada anak2 yg masih kecil.Boleh Dr Ariff ajar kami ttg formula NW utk mengatasi demam kanak2 kecil.. kalau pergi klinik biasa yg diberi hanya lah ubat demam dgn antibiotik.. bagaimana dgn CVT.. TQ
Soalan paling popolar ialah jika demam CVT akan beri ubat apa?
Demam berpunca daripada suhu badan yang tidak stabil. Pusat kawalan suhu terletak di bawah hipothalamus atau pada level NW7. NW 7 juga mengawal organ pankreas. Pankreas mengawal asid. Kehadiran urik asid yang tinggi akan menyebabkan pankreas menjadi lemah dan tubuh berasid. Seterusnya boleh melemahkan NW7.
Mereka yang sihat kawalan asid dan suhu sukar mengalami masalah demam. Mereka yang pernah atau biasa demam, sekiranya mendapat rawatan di bahagian ini, insya Allah akan pulih dari demam atau immune terhadap demam.
Ketika pesakit sedang demam, untuk kanak-kanak perlu disapukan air sejuk yang dititiskan Aromatherapy di bahagian belakang kepala. Bagi orang dewasa, mereka perlu mandi air sejuk yang dititiskan Aromatherapy di samping rawatan NW7 dan NW15.
Terdapat kes tertentu, simptom yang kelihatan seperti demam seperti denggi, demam urat, malaria, jaundis dan sebagainya... terdapat rawatan yang khusus yang ditentukan berdasarkan hasil pemeriksaan.
Catat Ulasan