Formula CL 15 sebagai ikhtiar untuk mempertenagakan pankreas (pancreas) untuk merawat simptom seperti ketidakseimbangan gula dalam darah, kencing manis (diabetes), bisul, perut buncit, gastrik, berat badan naik atau berkurang dengan mendadak dan sebagainya.
Berikut ialah ringkasan keterangan Formula CL 15:
FORMULA | CL 15 |
NAMA FORMULA | |
WARNA | KUNING |
PANJANG GELOMBANG | 575 nanometer |
WAKTU RESONAN |
|
PSIKOLOGI KETIKA SIHAT | Redho, prihatin. |
PSIKOLOGI KETIKA SAKIT | Cemburu, iri hati. |
KAWASAN |
|
KAITAN/ TANDA / SIMPTOM |
|
KETERANGAN PENYAKIT |
|
Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk masalah atau simptom yang berkaitan dengan Hempedu seperti ketidakseimbangan gula dalam darah, lebihan gula dalam darah, kurang gula dalam darah, dahaga yang berlebihan, luka / bisul / kudis yang susah pulih, perut buncit, gastrik, kekurangan atau peningkatan berat badan yang mendadak atau sebarang jenis penyakit, sila hubungi saya. Insya Allah kita ikhtiar dengan sedaya upaya.
2 ulasan:
"Kajian ini diterbitkan di dlm Jurnal Amerika Epidemiologi. Kajian ini merupakan yang julung kalinya dilakukan untuk menilai kesan flavanol iaitu sebatian yang sering terdapat pada tumbuhan.
Menurut penyelidik antarabangsa, makan buah yang kaya dengan flavanol seperti epal dapat mencegah risiko penyakit kanser pankreas. Quercetin yang banyak ditemui dalam epal dan bawang telah dikenal pasti kaya dengan flavanol yang boleh mengelak risiko kanser pankreas.
Para penyelidik dari German iaitu dari Universiti Hawaii dan Universiti California pula cuba mengesan tahap kesihatan dan pengambilan makanan dikalangan 518 orang responden. Kajian selama lapan tahun yang dilakukan di dalam Multiethnic Cohort Study ini menilai jumlah pengambilan makanan para kajian dari aspek pengambilan makanan. Pengiraan menumpukan terhadap 3 jenis flavanol iaitu quercetin,kaemprefol dan myriecetin. Analisis ke tiga-tiga flavanol ini mendapati ia mempunyai impak terhadap risiko kanser pankreas.
Penemuan lain yang tidak kurang pentingnya didalam kajian ini adalah terhadap perokok. Perokok yang mengambil sejumlah flavanol yang paling rendah di dapati mempunyai risiko mendapat kanser pankreas."
Adakah benar sesuatu makanan itu dapat mencegah suatu penyakit seperti yang didakwa dalam kajian di atas? Epal hijau rasanya sgt masam dan CVT menolak sesuatu yang
bersifat masam.
Apabila sesuatu itu diambil, di dalamnya juga terdapat bahan lain. Flavenol ialah antioksidan yang berasid. Antioksidan itu baik, tetapi asid itu tidak baik. Jika sifat asid ini dapat diasingkan daripada flavenol, maka flavenol adalah pencegah kanser yang terbaik.
Masalah kedua ialah epel hijau itu baik kerana banyak asid folik, walaupun masam tetapi tidak berasid. Tetapi kurang antidot untuk mensenyawakan unsur dalam sel disebabkan ia bukan tumbuhan tempatan. Antidot seseorang ialah tumbuhan yang tumbuh di persekitarannya atau tumbuhan tempatan.
CVT mendapati buah masam yang berwarna kuning yang tidak sesuai dimakan. Buah yang tidak masam tetapi telah lama dipetik (melebihi 48 jam) juga tidak sesuai dimakan.
Catat Ulasan