SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Isnin, 15 Disember 2008

Warna Diri

Di India sekumpulan ahli sains telah menjalankan satu ujikaji untuk mengenalpasti sistem tubuh manusia berdasarkan sistem peredaran darah yang unik dan berbeza antara satu manusia dengan manusia yang lain.

Kaedah yang digunakan ialah;
  1. Mengambil ratusan mayat yang tidak dituntut sebagai bahan.
  2. Menyuntik isotop radioaktif Fluorodeoxiglucose (FDG) ke dalam jantung dan dipam. FDG membolehkan pengaliran darah mudah kelihatan semasa discan (menggunakan PET/CT).
  3. Organ yang menerima darah direkodkan.
Organ yang menerima darah terlebih dahulu adalah berbeza antara setiap manusia. Setelah diasingkan dan dikumpulkan berdasarkan sistem yang sama, hasil kajian mendapati keseluruhan manusia mempunyai 16 kumpulan sistem.
Sistem tubuh dapat dikenalpasti melalui ujikaji suntikan FDG ke jantung

Terdapat beberapa pola pengaliran darah yang berbeza. Pola yang diambil adalah seperti berkut;
  1. Darah dari jantung ke organ.
  2. Darah dari organ ke jantung.
  3. Darah dari jantung dan kembali ke organ itu semula dalam satu pusingan.
  4. Tempoh masa pengaliran darah yang lengkap.
Bermaksud, "darah yang mengalir ke sesuatu organ sebanyak dua kali dalam satu pusingan darah yang lengkap dikira sebagai organ yang terlibat dalam sesuatu sistem".

Berdasarkan catatan, berikut ialah hasil pembahagian sistem mengikut kumpulan.

SPIRITUAL

MENTAL
LOG 1LOG 3LOG 1LOG 3
CL 1 PinealCL 2 Pituitary
CL 3 Thalamus
CL 4 Hipothalamus
CL 1 Pineal
CL 2 Pituitary
CL 6 Sinus
CL 7 Serebrum
CL 8 Medulla
CL 4 Hipothalamus
CL 12 Hati,perut
CL 13 Ginjal
CL 15 Pankreas
CL 7 Serebrum
CL 12 Hati,perut
CL 13 Ginjal
CL 15 Pankreas
LOG 2LOG 4LOG 2LOG 4
CL 1 Pineal
CL 2 Pituitary
CL 3 Thalamus
CL 10 Paru-paru
CL 20 Tulang
CL 1 Pineal
CL 2 Pituitary
CL 5 Antibiotik
CL 18 Darah,otot
CL 10 Paru-paru
CL 14 Hempedu
CL 17 Alat kelamin
CL 5 Antibiotik
CL 16 Ovari,testis
CL 18 Darah,otot

EMOSI

FIZIKAL
LOG 1LOG 3LOG 1LOG 3
CL 1 Pineal
CL 2 Pituitary
CL 4 Hipothalamus
CL 11 Jantung
CL 13 Ginjal
CL 2 Pituitary
CL 6 Sinus
CL 7 Serebrum
CL 8 Medulla
CL 9 Thyroid
CL 11 Jantung
CL 15 Pankreas
CL 17 Alat kelamin
CL 18 Darah,otot
CL 19 Usus
CL 20 Tulang
CL 5 Antibiotik
CL 16 Ovari,testis
CL 18 Darah,otot
CL 19 Usus
LOG 2LOG 4LOG 2LOG 4
CL 1 Pineal
CL 9 Thyroid
CL 10 Paru-paru
CL 1 Pineal
CL 5 Antibiotik
CL 13 Ginjal
CL 18 Darah,otot
CL 19 Usus
CL 20 Tulang
CL 18 Darah,otot
CL 19 Usus
CL 20 Tulang

Tempoh serkulasi

Tempoh untuk darah melengkapkan satu pusingan bermula dari jantung - ke organ - kembali ke jantung adalah berbeza dan terdapat 4 kumpulan tempoh masa. Kumpulan tempoh masa berbeza ini telah dikenalpasti mempengaruhi zon level tubuh atau personaliti. Berikut ialah tempoh masa pusingan darah dan kaitannya dengan personaliti;
  1. Spiritual - 13 minit
  2. Emosi - 14 ke 15 minit
  3. Mental - 15 ke 16 minit
  4. Fizikal - 17 minit
Empat Personaliti dan Empat Log. 4 x 4 = 16

Setiap tempoh masa ini terdapat 4 lagi kelainan organ yang menerima darah disebabkan oleh kelemahan pada sesuatu injap jantung.

Setiap tempoh masa pusingan darah yang masing-masing dipengaruhi oleh kelemahan 4 injap jantung yang berbeza menjadikan dalam empat ada lagi empat pecahan sistem serkulasi. Kesemuanya menjadikan 16 sistem tubuh manusia.

Warna diri

Daripada kajian dan penemuan saintifik yang hebat ini, maka Attitude Therapy telah merumuskan dua bidang keilmuan yang besar iaitu;
  1. Konsep Warna Diri
  2. Sistem Log
Warna diri ialah pengenalpastian organ yang aktif disebabkan oleh pengaliran darah sebanyak dua kali kepada organ tersebut dalam satu serkulasi. Nama yang diberikan kepada sistem ini adalah relevan dengan karektor keseluruhan kombinasi bagi organ-organ yang terlibat di kawasan berkenaan.

Merujuk kepada jadual 16 sistem tubuh di atas, cara darah mengalir ialah JANTUNG - ORGAN SISTEM - SELURUH BADAN - ORGAN SISTEM SEMULA - KEMBALI KE JANTUNG. Sila lihat gambar rajah di bawah bagi contoh Personaliti Fizikal Log Tiga.

Spiritual; organ-organ yang telibat adalah organ di kawasan kepala yang hampir keseluruhannya menjalankan fungsi-fungsi kederiaan. Saraf sensor amat peka kerana tiada rintangan disebabkan darah mengalir pantas. Kepekaan dalam merasai dan mengesan sesuatu yang tinggi. Maka istilah "Spiritual" adalah yang paling tepat untuk mereka yang serkulasi darahnya mengalir secara dominan ke kawasan kepala. Untuk lebih lanjut sila baca post bertajuk SPIRITUAL
Emosi; darah tidak banyak mengalir ke seluruh badan. Tangan dan kaki selalunya lebih sejuk. Kekuatan dalaman tinggi kerana kurang pergerakan fizikal. Keupayaan untuk memperoleh ilham yang banyak. Darah hanya cenderung beredar di kawasan jantung dan paru-paru itu sendiri. Organ paru-paru dan jantung lebih aktif. Kekuatan perasaan dan rasa tersentuh yang tinggi. Maka istilah "Emosi" sesuai digelar kepada mereka yang bersistem tubuh seperti ini. Untuk lebih lanjut sila baca post bertajuk EMOSI
Mental; darah banyak digunakan untuk organ-organ penghadaman. Kawasan perut agak hangat. Keupayaan memproses makanan menjadi tenaga. Keupayaan memproses keracunan atau makanan yang sukar dihadam. Kewaspadaan mental yang tinggi sehingga tidak mengalami masalah berkenaan pemilihan makanan sehingga tidak perlu ambil berat mengenai pantang sesuatu jenis makanan. Organ-organ penghadaman berkaitan dengan keupayaan berfikir secara kreatif, berfikir dengan tajam, citarasa dan keperihatinan. Oleh itu, istilah "Mental" sesuai untuk gelaran kepada level tubuh seumpama ini. Untuk lebih lanjut sila baca post bertajuk MENTAL
Fizikal; darah menglir ke seluruh badan. Kecekapan fizikal tangan dan kaki dan menguasai perkara-perkara teknikal serta tidak kekok mengendalikan sesuatu secara spontan. Organ-organ yang besar dan jauh dari jantung serta organ-organ bawahan mempunyai keupayaan yang optimum. Kebanyakkan organ-organ yang besar ialah otot, tulang, usus, sistem darah keseluruhan tubuh hingga ke peringkat kapilari yang sangat halus di bawah lapisan kulit serta sistem saraf mendapat tenaga yang paling optimum dan berfungsi dengan lebih cekap. Tubuh badan ini lebih sesuai digelar sebagai "Fizikal". Untuk lebih lanjut sila baca post bertajuk FIZIKAL
Level personaliti dinamakan berdasarkan kombinasi karektor organ dalam kumpulannya

Sistem Log

Kelemahan sesuatu injap memberikan kesan ketara terhadap pola mengaliran darah. Sistem Log dan kesannya terhadap saiz tubuh serta kesan terhadap organ pembersihnya memberikan satu skop keilmuan yang cukup besar dalam konsep perawatan Attitude Therapy. Untuk pencerahan lanjut, sila baca post bertajuk Sistem Log.
Berikut ialah sistem log dan kaitannya denga saiz tubuh:

SISTEM LOG GENETIKORGAN PEMBERSIHSAIZ TUBUH
Log 1HatiKurus
Log 2Paru-paruSangat kurus
Log 3Buah pinggangSederhana
Log 4UsusSangat gempal

Pembuktian Warna Kristal Tulang Sulbi

Tulang subi merupakan tulang yang paling padat, mengandungi maklumat kod genetik yang paling tetap. Tulang sulbi tidak akan hancur kerana mempunyai ikatan struktur yang sungguh kukuh dan tersusun. Dikatakan nanti pada hari kiamat manusia akan dibangkitkan daripada tulang sulbi seperti tumbuhan tumbuh daripada biji benih.

Tulang sulbi yang padat mempunyai ikan molekul daripada bahan mineral yang tertentu. Dominasi sesuatu mineral menunjukkan sistem tubuh yang secara genetik mempunyai ketetapan DNA tertentu. Mineral yang dominan ini juga menentukan warna tulang sulbi.

Mayat yang dibakar sehingga menjadi abu dalam tekanan tinggi akan tetap meninggalkan tulang sulbi yang masih tidak boleh dihancurkan. Tulang sulbi yang diasah (dipotong) akan menyerlahkan warna sebenarnya. Keseluruhan tulang sulbi bagi setiap manusia hanya terdapat 4 warna utama dan 1 warna umum. Warna tersebut dan kaitannya dengan sistem tubuh adalah seperti berikut;
  1. Putih - Spiritual
  2. Pink - Emosi
  3. Hijau - Mental
  4. Biru - Fizikal
Satu warna yang dikatakan "umum" ialah kepunyaan tulang sulbi yang telah rosak segala unsur personalitinya atas akibat tertentu (tajuk ini akan dibincangkan kemudian, insya Allah). Antara sebabnya ialah pertukaran jantina, perlakuan seks luar tabii dan perkara-perkara yang luar biasa yang pernah dilakukan oleh seseorang (atau melanggar hukum alam) atau dengan bahasa mudah melakukan perbuatan yang "berdosa". Tulang sulbi akan hilang ikatan struktur molekul tulang sebenar yang sepatutnya menggambarkan personaliti sebenar. Akibatnya personaliti menjadi musnah dan tulang sulbinya akan berwana oren.
Warna sulbi adalah sangat berkait rapat dengan Warna Diri
Gambar di atas menunjukkan 4 jenis warna tulang sulbi yang dijadikan "berlian" atau "human kristal" atau human diamond memorial ash.
Warna sulbi kuning

Kristal warna kuning ini ialah warna tulang sulbi daripada individu yang telah "rosak" maklumat DNA kehidupannya sehingga mempengaruhi ikatan molekul pada struktur binaan tulang sulbi. Kristal / diamond ini berwarna kuning atau perang atau oren dan tidak bersinar.
Warna sulbi oren, perang dan kuing lebih banyak dihasilkan berbanding warna asal

[Anda boleh ke laman web ini http://www.lifegem.com/ untuk melihat contoh perkhidmatan menyediakan human diamond memorial ash. Memandangkan scientist telah terlebih dahulu mengkaji warna tulang sulbi, maka dapat dikesan laman tersebut melakukan perkara "penipuan" apabila menyediakan pilihan warna kristal yang dikehendaki pelanggan. Sebenarnya hampir kesemua kristal yang mereka hasilkan adalah perang atau kuning. Hanya kristal daripada haiwan yang masih kekal warna diri asalnya]

Warna daripada kristal ini mempengaruhi warna aura (lingkaran elektromagnetik tulang belakang) seseorang.
Warna tulang sulbi penentu warna diri atau aura latar belakang
Sila rujuk post bertajuk Elektromagnetik Tulang Belakang untuk memahami konsep Aura dari sudut saintifik.
Aura Warna Diri

Daripada warna teras tulang sulbi ini maka setiap seseorang mempunyai satu warna diri daripada empat warna keseluruhan iaitu sama ada Putih atau Pink atau Hijau atau Biru.

Setiap manusia adalah sempurna. Oleh itu, setiap warna ini tidak boleh dibuat perbandingan mengatasi warna yang lain. Misalnya orang Putih lebih baik daripada orang Hijau atau mana-mana kombinasi perbandingan yang lain.

Secara semulajadi dalam keadaan normal setiap manusia mempunyai keempat-empat unsur, tetapi istilah "Warna Diri" merujuk kepada dominasi seseorang terhadap satu kecenderungan unsur atau level warna diri sahaja.

Setiap manusia pula tidak boleh mendakwa boleh menguasai keseluruhan warna diri. Misalnya ada yang mendakwa dirinya ada kesemua keempat-empat warna diri ini atau mana-mana lebih daripada satu warna diri. Setiap warna adalah mewakiti kecenderungan. Amat sukar seseorang itu boleh menguasai kecenderungan yang tidak berkaitan. Misalnya seorang Doktor perubatan yang komitmennya merawat pesakit mendawa dirinya juga seorang Peguam yang komitmennya mengendalikan kes di mahkamah. Begitu juga seorang pemimpin yang komitmennya menjaga, mentadbir dan memerintah untuk kesejahteraan sistem masyarakat tentu kurang arif kerja-kerja bioteknologi pertanian yang komitmennya sepenuh masa mengkaji mengenai tumbuhan dan pendebungaan untuk mendapatkan hasil buah yang berkualiti.

Kepakaran seseorang dalam sesuatu bidang ialah sebenarnya hasil dari minat akibat potensi diri yang telah dikenalpasi atau digelar "Warna Diri". Kebolehan mengenal potensi diri atau warna diri boleh terjadi secara sendiri hasil fokus dan penghayatan yang tinggi (Emotional Quotient) sejak dari kecil. Semakin tinggi tahap fokus dan penghayatan, maka semakin potensi diri akan lebih terserlah, insya Allah.

Dengan adanya keempat-empat warna diri ini, maka alam ini menjadi harmoni dan dapat ditadbirkan oleh manusia dengan seimbang. Dengan keunikan warna diri yang berbeza ini menjadikan manusia layak menjadi khalifah di muka bumi.

Rajah di bawah menunjukkan hubungan antara satu warna diri dengan warna diri yang lain.
Hubungan antara personaliti akan membentuk kemajuan dan keseimbangan

Mengenalpasti Sistem Warna Diri

Antara kaedah terbaik, cepat, tepat dan pantas untuk mengesan warna diri seseorang ialah dengan menggunakan kaedah Applied Kinesiology (AK).
Sistem tubuh yang telah dikenalpasti akan memudahkan proses mengenal punca penyakit serta potensi penyembuhan. Penemuan dan kajian Warna Diri ialah rahsia penyembuhan yang pantas melalui kaedah rawatan alternatif Attitude Therapy.

Selain itu, potensi personaliti dan kerjaya serta permasalahan berkaitan dengan emosi, mental dan spiritual dapat diserlahkan, insya Allah. Topik ini akan dikembangkan lagi dalam post-post yang akan datang, insya Allah.


Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

Tiada ulasan:

Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)