SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Isnin, 29 September 2008

Temuramah Majalah KONSEP (Bahagian 3/9)

Membuat perbandingan antara rawatan allopati (klasik / konvensional) dengan rawatan alternatif sangat digemari oleh pengamal-pengamal rawatan alternatif. Dengan adanya perbandingan ini, maka kelemahan dan kepincangan rawatan allopati dapat didedahkan. Tajuk ini tidak pernah diabaikan oleh pengamal-pengamal rawatan altenatif seluruh dunia kerana melalui perbandingan, keunggulan rawatan alternatif akan lebih terserlah. Bagi menjawab soalan editor Majalah KONSEP berkenaan dengan perbandingan antara rawatan altenatif dangan allopati (klassik), ia disampaikan dengan cara yang penuh berhemah.

Majalah KONSEP keluaran Oktober 2008

SOALAN KETIGA: Perbezaan perubatan sedia ada (moden) dengan perubatan alternatif:

Perbezaan antara perubatan allopati dan perubatan alternatif amat ketara dari segi falsafah ilmu. Oleh itu konsep, defisini penyakit dan penyembuhan, kaedah dan ubat-ubatan yang digunakan adalah jauh berbeza daripada rawatan alternatif. Perbezaan ini lah menjadikan masing-masing mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri. Malah kelebihan yang memihak kepada rawatan alternatif menjadikan mahu atau tidak, ia pasti menjadi pilihan sebahagian besar pesakit.

Punca Penyakit

Rawatan allopati beranggapan penyakit ialah keadaan ketidakseimbangan tubuh berpunca daripada jangkitan kuman, keracunan, kegagalan organ berfungsi, kegagalan hormon dan enzim dirembeskan dan faktor keturunan. Pengamal rawatan altenatif percaya bahawa tubuh ini berfungsi dengan baik kerana adanya tenaga yang bergerak dengan seimbang dan harmoni di dalam tubuh. Oleh itu rawatan alternatif pula mempunyai beberapa falsafah terhadap maksud penyakit. Antaranya “ketidakseimbangan tubuh” iaitu tenaga tubuh tidak mematuhi “Hukum Keseimbangan”. Atau dengan bahasa yang mudah, penyakit terjadi apabila sejumlah besar sel pada sesuatu organ tubuh kehilangan tenaga. Tenaga terhasil atau hilang serta boleh diperbaharui bergantung kepada kelakuan, amalan dan pemikiran seseorang. Secara ringkasnya satu falsafah yang banyak digunakan oleh pengamal-pengamal perubatan alternatif mengenai punca penyakit ialah “Penyakit Terjadi Apabila Runtuhnya Akhlak”. Huraian daripada falsafah ini bermaksud apabila sikap seseorang itu cenderung ke arah negatif, maka sel yang sepatutnya berfungsi secara semulajadi dalam keadaan hening secara tiba-tiba berhenti menjalankan fungsinya akibat ingin mengimbangkan perbuatan atau pemikiran negatif yang telah dilakukan.

Penyembuhan

Takrifan mengenai penyembuhan juga adalah berbeza. Bagi rawatan allopati, penyembuhan ialah apabila simptom atau gejala itu dihapuskan. Tetapi bagi rawatan altenatif, penyembuhan ialah apabila organ itu sendiri berkeupayaan untuk menjalankan fungsinya seperti asal. Misalnya bagi pesakit yang mengalami diabetes (kencing manis) akan diberi insulin tiruan kerana didapati kandungan insulin di dalam darah sangat kurang dan gula sangat tinggi. Dengan cara tersebut, insulin yang diberikan akan bertindak memproses gula yang berlebihan.

Bagi rawatan alternatif, kencing manis disebabkan oleh organ pankreas gagal menghasilkan insulin yang mencukupi. Oleh itu, rawatan alternatif akan memberikan rawatan tenaga kepada pankreas supaya boleh berkerja sendiri dan menghasilkan insulin yang semulajadi. Insulin yang semulajadi adalah jauh lebih baik kerana ia dihasilkan berkadaran dengan tahap gula yang diambil dan dikesan oleh tubuh. Insulin tiruan yang diambil secara tidak semula jadi adalah berlebihan yang boleh menyebabkan keseluruhan gula dalam tubuh hilang. DNA insulin tiruan yang tidak sama dengan DNA tubuh pesakit akan menyebabkan ia dianggap sebagai benda asing dan perlu disingkirkan oleh buah pinggang, oleh itu buah pinggang boleh terjejas apabila insulin tiruan diambil berlebihan. Dalam tempoh jangka panjang, pancreas yang mendapat insulin tiruan terus menjadi pasif dan tidak diterapikan untuk sembuh. Dalam keadaan ini rawatan alternatif tidak menerima tarkrifan dan kaedah penyembuhan yang digunakan oleh rawatan allopati manakala bagi rawatan allopati kaedah, matlamat dan cara yang diamalkan oleh rawatan alternatif untuk mempertenagakan pankreas adalah amat mustahil dilaksanakan melalui cara rawatan allopati.

Secara umumnya rawatan allopati menggunakan kaedah menahan sakit, mengganti hormon atau enzim yang kurang dengan bahan tiruan, malah menggantikan organ yang gagal atau rosak secara transplant atau kaedah sel stim (pengklonan sel), membuang bahagian yang rosak atau terjejas melalui pembedahan atau kaedah laparoscopy (pembedahan secara menembuk), memberikan antibiotik tiruan, kimo (rawatan kanser), laser (batu karang) dan sebaginya.

Konsep ilmu rawatan klasik masih diamalkan ke hari ini

Rawatan alternatif pula beranggapan bahawa tubuh boleh menghasilkan sendiri hormon dan enzim yang berkurang, bahagian tubuh yang terjejas atau mendapat kanser boleh dihapuskan secara cernaan dalaman, tubuh boleh menghasilkan antibiotik semulajadi sendiri. Malah kaedah yang digunakan oleh rawatan allopati (yang sebelum ini digelar sebagai moden) adalah amat bercanggah dengan falsafah perubatan altenatif. Antaranya merawat dengan cara sehingga menyebabkan tertumpahnya darah adalah tidak dibenarkan. Pertumpahan darah hanya boleh sekiranya dibenarkan oleh agama seperti berkhatan, berbekam, bertindik dan sebagainya. Menggunakan bahan asing, berkimia atau bersteroid juga bercanggah dengan falsafah perubatan alternatif. Sedangkan tanpa menggunakan kaedah tersebut, penyakit masih boleh dirawat sehingga sembuh sepenuhnya. Itu lah sebabnya rawatan alternatif terus wujud sebagai alternatif kepada kaedah yang digunakan secara allopati.

RAWATAN KLASIK
(ALLOPATI / KONVENSIONAL)

RAWATAN ALTERNATIF

Konsep ilmu yang digunakan adalah daripada teori klasik yang dipercayai telah diamalkan sejak zaman mesir dan dimajukan pada kurun ke 15.

Konsep akal logik amat memainkan peranan sebagai pegangan utama amalan rawatan klasik. Penggunaan ilmu biologi dan fisiologi adalah terbatas.

Matlamat boleh menghalalkan cara.

Falsafah ilmu adalah bersifat kemanusiaan. Ilmu sentiasa berkembang tanpa batasan serta sungguh lengkap, saintifik dan terkini. Penggunaan ilmu biologi dan fisiologi adalah menyeluruh.

Apa sahaja yang memudaratkan, kotor, najis, benda asing tidak boleh digunakan bagi tujuan merawat malah ia sungguh memudaratkan.

Pertumpahan darah dengan sengaja akibat pembedahan tidak dibenarkan kecuali atas sebab tuntutan agama seperti berkhatan, qisas, dibayarkan kifarah kepada pesakit, darurat atau sebagainya.

Berbekam bukan pertumpahan darah sebaliknya ialah konsep detoksifikasi yang bertujuan menyingkirkan darah yang kotor itu sendiri.

Punca penyakit disebabkan oleh jangkitan kuman, keracunan, kegagalan organ berfungsi, kegagalan hormon dan enzim dirembeskan, ketumbuhan atau kanser dan faktor keturunan.

Apabila sesuatu simptom dan gejala dapat dikategorikan, maka sesuatu penyakit dapat dinamakan.

Punca penyakit dilihat dan ditemui jauh lebih mendalam iaitu punca kepada terjadinya jangkitan kuman, keracunan, kegagalan organ berfungsi, kegagalan hornon dan enzim dirembeskan dan faktor keturunan.

Ia berpunca daripada kehilangan tenaga dalam sel - nukleus sel - DNA / RNA - molekul - zarah - atom.

Kehilangan tenaga ini berpunca apabila pemikiran, amalan, emosi dan spiritual yang menjurus ke arah negatif atau ia telah dirumuskan dalam satu falsafah bahawa "Penyakit terjadi daripada runtuhnya akhlak".

Rawatan alternatif tidak menamakan penyakit sebaliknya memberi beberapa istilah mengikut jenis rawatan masing-masing.

Perawatan adalah dengan memberikan antibiotik, meneutralkan racun, memotong / membuang atau menggantikan komponen atau organ yang baru, memberikan hormon atau enzim tiruan.

Mempertenagakan sel dengan cara terapi tenaga warna, tekanan sejuk, keheningan sabar ikhlas redho.

Sel mempunyai tenaga yang menyamai dengan tenaga warna. Tenaganya boleh dioptimumkan apabila berada pada suhu yang sesuai (dingin dan nyaman). Organ menjalankan fungsinya dengan harmoni apabila seseorang itu hening sabar ikhlas dan redho.

Kaedah rawatan ialah dengan menggunakan bahan kimia, dadah, sumber yang tidak halal menurut Islam, meneutralkan racun dengan antivenom haiwan yang masih hidup, memberikan vaksin dan biotik (benda hidup asing dimasukkan dalam kuantiti yang tidak harmoni), kimotherapy (rawatan panas untuk matikan kanser yang merosakkan kawalan suhu semulajadi tubuh), potong dan buang, potong dan selaras, transplant (mengganti organ pesakit dengan organ asing), transfusi (mengganti darah dengan darah yang asing).

Melakukan kaedah "akibat darurat", pemanasan kimotherapy dan pembedahan serta menumpahkan darah adalah bercanggah dengan falsafah rawatan alernatif serta mencabuli peradaban ketamadunan manusia.

Menggunakan bahan yang selamat, semulajadi, halal menurut Islam

(tiada bahan kimia, tiada dadah, tiada hormon, tiada produk haiwan dan tidak menumpahkan darah).

Penerapan Quantum Resonan (hening / syukur, sabar, ikhlas, redho) dilakukan oleh hampir semua rawatan alternatif dengan kaedah masing-masing.

Diagnosis menggunakan konsep fizikal seperti mengesan nadi, suhu, darah dan hasil buangan tubuh.

Penggunaan radiologi seperti x-ray, ctscan, ultra sound adalah bercanggah dengan konsep rawatan alternatif yang menentang sebarang kaedah yang memudaratkan kesihatan untuk mengesan penyakit.

Beberapa kaedah diagnosis yang tidak perlu juga diamalkan seperti pemeriksaan genetal, x-ray tulang patah, skan bayi dalam kandungan, skan otak, pemeriksaan kelenjar prostat yang kurang sopan dan sebagainya. Kaedah ini adalah teori klasik yang masih diamalkan sejak dulu sehingga ke hari ini.

Diagnosis menggunakan konsep bio-feedback.

Tubuh berkeupayaan memberi maklum balas daripada tenaga yang terhasil olehnya. Kaedah yang paling polular dan sangat tepat ialah Applied Kinesiology (70% diamalkan oleh keseluruhan rawatan alternatif), analisa simptom daripada tindak balas tenaga, peralatan berkaitan dengan konsep bio-feedback, getaran kristal pendulum (kaedah yang paling popular dan mempunyai ketepatan yang amat tinggi untuk megesan
penyakit).

Adap mendiagnos pesakit amat diambil berat. Cara yang kurang sopan amat bercanggah dengan konsep rawatan altenatif.

Kaedah diagnosis sentiasa berkembang dan diperbaharui teknologinya.

Ubat-ubatan adalah dihasilkan oleh pihak Farmasi. Pengamal perubatan klasik (allopati) perlu menyesuaikan penyakit berdasarkan penggunaan ubat atau belajar cara merawat bagi tujuaan memberikan ubat yang dihasilkan oleh pihak Farmasi

Pengamal rawatan alternatif yang professional adalah juga seorang penyelidik (scientist) yang mengkaji mengenai penyakit, punca penyakit serta menghasilkan formula (ubat) dan kaedah rawatan yang terbaik.

Penyembuhan ialah apabila gejala, simptom atau tanda penyakit dihapuskan.

Apabila sesuatu kaedah rawatan gagal menghapuskan simptom, maka penyakit itu akan dianggap tidak boleh disembuhkan.

Penyembuhan ialah apabila organ bertenaga semula dan berpotensi untuk berfungsi dengan optimum.

Rawatan alternatif percaya ubat itu ada dalam diri sendiri. Kita cuma perlu mempertenagakan tubuh dan membantu proses mempertenagakan tubuh.

Rawatan alternatif amat percaya bahawa semua penyakit boleh disembuhkan kecuali maut.

Organ yang bertenaga mampu untuk menentang jangkitan bakeria, virus atau kuman secara semulajadi oleh sistem tubuh, meneutralkan keracunan secara semulajadi oleh sistem tubuh, organ kembali berfungsi, hormon dan enzim semulajadi tubuh dirembeskan semula, kanser atau ketumbuhan mengecil dan dicernakan oleh tubuh secara semulajadi serta kod maklumat genetik dibaiki semula secara semulajadi oleh tubuh yang seimbang tenaganya.

Tiada ulasan:

Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)