SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Sabtu, 4 Oktober 2008

Temuramah Majalah KONSEP (Bahagian 7/9)

Setiap manusia terbahagi kepada personaliti tertentu. Setiap personaliti mempengaruhi antara satu sama lain. Keunikan ini menjadikan variasi kehidupan mermasyarakat sungguh unik. Daripada variasi ini maka wujudnya perasaan hormat, rasa menyintai sesama manusia, memiliki sahabat karib, persaingan sihat dan sebagainya. Keadaan ini merupakan faktor kemajuan dan perkembangan manusia dan keberterusan hidup manusia di muka bumi ini.

SOALAN KETUJUH: Sejauh mana faktor-faktor di atas (personaliti) mempengaruhi antara satu sama lain?

Mereka yang berpesonaliti spiritual mempunyai pemikiran yang peka. Kelebihan mereka ialah pengetahuan yang jauh ke hadapan. Pengatahuan ini menjadikan mereka sama dengan orang yang berpersonaliti emosi yang mempunyai pemikiran terbuka, tidak terikat dengan sesuatu dan bebas. Oleh itu orang spiritual dan fizikal mempunyai minat dan kecenderungan yang hampir sama.

Mereka yang berpersonaliti mental mempunyai pemikiran yang logik dan berfakta serta berfikiran tajam dan perpendirian. Orang fizikal mempunyai disiplin terhadap waktu, perlukan ketetapan dan tegas. Oleh itu, orang mental dan fizikal mempunyai minat dan kecenderungan yang hampir sama.

Orang emosi yang berfikiran terbuka memerlukan kekuatan pemikiran yang tajam. Manakala orang mental memerlukan sesuatu yang bebas supaya tidak terkongkong. Oleh itu, orang emosi dan mental saling melengkapi antara satu sama lain.

Orang fizikal yang tegas dan disiplin memerlukan panduan dan pedoman. Orang spiritual memerlukan kekuatan dan ketegasan. Oleh itu orang fizikal dan spiritual saling memerlukan antara satu sama lain.

Orang emosi yang berfikiran liberal dan terbuka tidak suka cara yang tetap dan kongkongan. Manakala orang fizikal tidak suka keterbukaan kerana ia rasa tidak selamat. Oleh itu orang emosi dan fizikal bisanya tidak sehaluan dari segi matlamat. Tetapi saling melengkapi antara satu sama lain. Sekiranya mereka bekerja sama dalam pasukan, maka pasukan tersebut ialah sebuah pasukan yang kuat.

Orang spiritual yang berfikir secara penghayatan atau menggunakan “deria keenam”, tidak suka cara pemikiran logik yang boleh menipu dirinya. Orang mental yang berfikir secara logik tidak suka berfikir tanpa fakta kerana ia akan mengelirukan dirinya. Oleh itu orang spiritual dan mental biasanya tidak sehaluan dari segi matlamat. Tetapi saling melengkapi antara satu sama lain. Sekiranya mereka bekerja sama dalam pasukan, maka pasukan tersebut ialah sebuah pasukan yang kuat.

Hubungan Personaliti

Dari segi dalam, sebenarnya dalam setiap orang memiliki dua personaliti. 70% disebut sebagai personaliti luar, makala 30% disebut sebagai personaliti dalam. Hubungannya sama dengan fakta di atas, tetapi dalam diri seseorang hubungan ini akan menentukan kemahiran menggunakan otak kiri dan kanan. Mereka yang ada personaliti spiritual dan emosi ialah mereka yang menggunakan otak kanan. Mereka yang ada personaliti mental dan fizikal ialah mereka yang menggunakan otak kiri. Otak kanan ialah perkara kemanusiaan atau aliran sastera dan seni. Otak kiri ialah perkara sains dan matematik. Mereka yang ada mana-mana salah satu di kanan dan kiri ialah mereka yang seimbang penggunaan otak kanan dan kirinya dan kelebihannya ialah boleh menguasi ilmu sesuatu bahasa.

Jumaat, 3 Oktober 2008

Temuramah Majalah KONSEP (Bahagian 6/9)

Tubuh badan mulai dari unit-unit organ sehingga unit terkecil iaitu sel semuanya hidup, menjalankan kerja dan fungsinya tersendiri. Fungsi yang hidup ini disebabkan tenaganya dikawal oleh nukleus sel yang terkandung di dalamnya maklumat DNA seseorang. DNA ini juga mempunyi tugas yang telah diaturkan. Gabungan tisu-tisu sel akan membentuk organ. Sebuah organ yang sempurna akan mempunyai sesuatu karektor.

Kenyataan ini merupakan titik tolak kepada berkembangnya falsafah ilmu dan amalan Rawatan Alternatif. Ikuti temuramah penuh antaran Dr. Ariffaizal bersama editor majalah KONSEP keluran Oktober 2008.

SOALAN KEENAM: Boleh Dr. kaitkan faktor fizikal, mental, emosi dan spiritual terhadap kesihatan? Boleh Dr. terangkan tentang hal ini?

Keseluruhan tubuh badan kita mempunyai beberapa organ yang mempunyi pengaruh karektor yang berbeza. Keadaan karektor kita sebenarnya adalah bergantung kepada keadaan organ. Apabila lemah organ tersebut, maka karektor negatif berkaitan dengan organ tersebut akan terzahir oleh perbuatan seseorang.

Menurut ilmu yang disusun oleh kaedah rawatan Colour Vibration Therpy, terdapat lebih daripada 20 organ yang berada pada tubuh badan. Daripada jumlah tersebut, ia terbahagi kepada empat kumpulan yang mempengaruhi personaliti seseorang.

Organ-organ yang terdapat di bahagian kepala kesemuanya cenderung kepada kederiaan dan pengesanan. Oleh itu di bahagian kepala ialah zon spiritual. Organ-organ yang terdapat di dada seperti jantung dan paru-paru cenderung kepada perasaan dan kejiwaan. Oleh itu di bahagian dada ialah zon emosi. Organ-organ penghadaman cenderung kepada keupayaan pemikiran. Oleh itu di bahagian perut ialah zon mental. Organ-organ di bahagian bawah seperti alat kelamin, usus, otot dan tulang ialah cenderung kepada pergerakan. Oleh itu, di bahagian bawah ialah zon fizikal.

Setiap manusia dilahirkan dalam keadaan lemah satu daripada injap jantungnya supaya jantungnya dapat terus berdenyut secara berterusan. Kerana itu darah akan mengalir ke sesuatu kawasan tertentu melebihi daripada kawasan yang lain. Ini menjadikan organ-organ yang menerima cukup darah akan berfungsi dengan lebih optimum. Perkara yang unik ialah organ-organ yang berfungsi dengan optimum ini lebih tertumpu kepada sesuatu zon personaliti. Bagi mereka optimum organ-organ di bahagian kepala ialah orang yang berpesonaliti spiritual. Begitu juga seterusnya ada personaliti emosi, mental dan fizikal.

Apabila seseorang itu dilahirkan sahaja, dia telah memiliki sesuatu personaliti yang akan menjadi kecenderungan minat terhadap sesuatu perkara dalam kehidupannya.

Keseluruhan organ pada tubuh badan akan menjalankan fungsinya dengan penuh harmoni dan bertenaga apabila seseorang itu hening, sabar, ikhlas dan redho. Sikap hening perlu bagi mereka yang berpesonaliti spiritual, sabar perlu bagi mereka yang berpersonaliti emosi, ikhlas untuk mental dan redho untuk fizikal. Sila klik di sini untuk memahai Falsafah Punca Penyakit


Misalannya bagi mereka pada level mental yang lemah organ pankreasnya. Pankreas ialah organ yang menjaga karektor “keperihatinan”. Maksudnya fungsi pankreas selain daripada tujuan biologi, ia juga menjaga keupayaan berfikir mengenai hal orang lain. Mereka yang ikhlas akan menjadikan pankreasnya mengambil berat dan perihatin terhadap seseorang. Tetapi mereka yang tidak ikhlas akan menyebabkan pankreas mudah rasa cemburu, iri hati, hasad, dengki dan sebagainya. Oleh itu, apabila seseorang itu tidak ikhlas hingga menyebabkan pankreasnya berfikiran negatif, maka fungsi biologinya tidak dapat dijalankan. Bermaksud apabila penkreasnya cemburu atau iri hati, maka insulin tidak dapat dirembeskan daripada isled of lingerhans. Akibatnya kadar gula dalam darah akan meningkat. Jika keadaan berterusan berbulan-bulan, maka ia akan menyebabkan penyakit diabetes (kencing manis) akan berlaku.

Insulin dihasilkan secara harmoni

Teori dan kajian rawatan alternatif berjaya menjelaskan kebuntuan seterusnya memberikan jawapan kepada persolan mengenai mengapa islat of langerhans melalui sel beta gagal menghasilkan insulin. Dari sini punca kepada masalah diabetis serta kaedah merawatnya dengan berkesan diketahui.

Ini cuma satu contoh daripada satu organ yang terdapat pada tubuh badan. Kesimpulannya, kita hendaklah berfikiran positif walaupun di dalam hati, kita tetap perlu hening, sabar, ikhlas dan redho. Mereka yang marah dan kecewa di dalam hati menunjukkan tidak sabar. Mereka yang mengumpat atau cerewet di dalam hati menunjukkan diri tidak ikhlas. Mereka yang riak, sombong dan takbur telah melemahkan organ-organ di bahagian spiritual. Mereka yang merungut di dalam hati menunjukkan tidak redho. Kesan daripada pemikiran yang negatif sahaja sudah cukup mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan, apa tah lagi jika melakukan perkara negatif dari segi percakapan, perbuatan atau sebagainya.

Rabu, 1 Oktober 2008

Temuramah Majalah KONSEP (Bahagian 5/9)

Berdasarkan statistik, lebih daripada 65% penduduk di negara-negara benua Utara Amarika dan Eropah memilih untuk menggunakan rawatan alternatif sebagai salah satu kaedah untuk merawat penyakit. Peratusan ini menurun di negara-negara membangun dan negara dunia ketiga. Peratusan yang tinggi di negara maju menjadikan rawatan allopati di negara tersebut tidak lagi boleh digelar sebagai rawatan konvensional atau ortodok, sebaliknya lebih sesuai digelar sebagai rawatan allopati selain istilah-istilah lain seperti rawatan klasik (kerana membangun dan memajukan teori sains klasik). Di negara membangun, rawatan allopati adalah merupakan rawatan konvensional di negara tersebut.

Beginilah statistik yang dikeluarkan oleh Open International University for Complementary Medicine, Colombo Sri Langka pada tahun 2004. Statistik ini menjadi jawapan utama dalam sesi temuramah antara Dr. Ariffaizal dengan editor Majalah KONSEP untuk keluaran bulan Oktober 2008.

SOALAN KELIMA: Penerimaan masyarakat terhadap perubatan alternatif:

Di negara membangun, penduduk di kawasan bandar lebih ramai memilih rawatan alternatif berbanding dengan penduduk di luar bandar. Perbandingan dari segi status masyarakat pula, mereka yang perpendapatan tinggi dan dari bidang professional lebih ramai memilih rawatan alternatif berbanding dengan mereka yang berpendapatan rendah atau pekerja buruh.

Statistik ini dihimpunkan oleh pengamal-pengamal rawatan alternatif melalui persatuan masing-masing. Jika diambil kira mereka yang merawat melalui kaedah tradisional di kampung, jumlah ini lebih tinggi lagi.

Antara faktor yang menjadi sebab utama rawatan alternatif semakin menjadi pilihan masyarakat ialah kebekesanannya dalam merawat sesuatu penyakit terutama yang kronik, kritikal, kes kecemasan atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh.

Bahan dan cara yang digunakan dalam kaedah rawatan alternatif adalah sungguh selamat, berkesan dan semuladi disamping kesan penyembuhan yang memakan masa yang lebih pantas. Malah tidak ada kesan sampingan apabila sesuatu ubat daripada rawatan alternatif diambil berlebihan, sebaliknya semakin kerap pengambilan ubat, maka semakin cepat proses penyembuhan. Jika tersilap mengambil ubat sekali pun, ia tetap tidak mendatangkan sebarang kesan sampinga. Contohnya apabila pesakit saraf tersalah diberi ubat untuk menguatkan tulang, kesannya nanti tulang pesakit ini akan menjadi sihat dan kuat di samping saraf akan mendapat sedikit manfaat kesan daripada tulang yang sihat.

Selain itu, rawatan alternatif telah semakin maju dan mula tersusun dan diseragamkan. Pengamal-pengamal rawatan alternatif sedang berusaha untuk bersatu dalam bersatuan-persatuan bagi memantau dan menjaga aktiviti pengamal rawatan ini. Malah pada hari ini telah tertubuhnya sebuah universiti khas untuk rawatan alternatif yang salah satunya yang terkemuka ialah di Colombo, Sri Langka. Selain itu banyak lagi universiti-universiti lain seumpamanya di seluruh dunia.

Apabila ditanya kepada mana-mana kumpulan secara rambang, tentu empat daripada lima orang akan menyatakan mereka pernah mendapatkan rawatan alternatif sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Antara faktor utama yang menyebabkan rawatan alternatif tidak dipilih sepenuhnya oleh sebahagian kecil masyarakat ialah kerana kosnya yang agak mahal berbanding dengan rawatan allopati walaupun untuk penyakit yang ringan seperti demam atau selsema.

Sebenarnya dari segi nilai, rawatan konvensional adalah jauh lebih mahal dan menggunakan peralatan yang canggih dengan perbelanjaan yang jauh lebih membazir kerana ia tidak begitu bekesan untuk merawat sesuatu penyakit. Tetapi disebabkan ia ditaja sepenuhnya oleh kerajaan, maka ia boleh diperoleh dengan harga yang murah oleh masyarakat. Sekiranya pihak kerajaan memandang dan member peruntukan kepada rawatan alternatif, sebenarnya rawatan ini akan jadi jauh lebih murah dan mengelakkan pembaziran perbelanjaan kerajaan dalam aspek kesihatan rakyat.

Fakta Belanjawan 2007 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

KKM telah membelanjakan sejumlah RM2.25 juta untuk membeli isotop radioaktif Fluorodeoxiglucose (FDG) dari Singapura. FDG ialah bahan yang akan disuntik ke dalam saluran darah untuk mengesan keadaan penyakit barah. Dalam rawatan alternatif, keadaan barah dapat dikesan dengan mudah, pantas dan tepat tanpa kos yang tinggi.

RM658,000 telah dibelanjakan untuk membeli komponen peralatan Positron Emission Tomography (Pet CT Scan) dan sebuah mesen Cyclotron yang sepatutnya boleh digunakan untuk mengesan keadaan dalam tubuh. Tetapi perbelanjaan tersebut tidak efisyen dengan fungsi yang hanya digunakan sekali sekala sahaja.

Berbanding dengan kaedah diagnosis rawatan alternatif, penggunaan peralatan mahal FDG, Pet CT Scan dan Cyclotron adalah membazir dan tidak perlu sama sekali.


Masyarakat telah mula sedar akan kebaikan dan manfaat merawat melalui kaedah rawatan alternatif. Mereka telah bijak membandingkan kebaikan dan kelemahan antara rawatan allopati dan alternatif. Setelah membuat penilaian sewajarnya, mereka memilih untuk menggunakan rawatan altenatif bagi mengelakkan pengambilan bahan seperti steroid secara berterusan atau menjalani pembedahan, kimoterapi atau sebagainya.

Rawatan alternatif dikaitkan dengan taraf hidup yang tinggi, moden dan berstatus tinggi.
Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)