SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Jumaat, 14 Disember 2007

Rahsia Kelebihan Ais

Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia. Banyak sungguh fakta kelebihan ais. Secara saintifik, dalam blog ini telah diterangkan dengan lebih mendalam dalam kategori Teori Tekanan. Secara ringkasnya berikut ialah fakta kelebihan ais;
  • Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.
  • Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.
  • Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.
  • Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.
  • Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.
  • Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.
  • Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.
  • Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.
  • Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.
  • Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.
  • Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.
  • Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.
  • Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.
  • Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.
  • Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.
  • Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.
  • Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.
  • Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.
  • Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.
  • Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.
  • Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.
  • Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.
  • Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.
  • Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.
  • Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.
  • Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.
  • Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah.
  • Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.
  • Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.
Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

Jumaat, 7 Disember 2007

Mudarat Irradiation Sterilised

Sebarang jenis bakteria atau virus serta kulat pasti akan musnah sepenuhnya apabila terdedah dengan pancaran radioaktif. Setakat ini belum ada mana-mana mikroorganisma yang boleh immune atau kebal dengan penguraian sinaran gamma radioaktif. Fakta dan kenyataan ini telah menjadikan steril radioaktif (Irradiation Sterilised) merupakan satu-satunya kaedah pensterilan radioaktif yang terbaik dalam dunia allopathic medicine (rawatan alopati di hospital) dan juga industri pembungkusan makanan.

Miasma
Kumpulan beberapa jenis bakteria atau virus yang berekosistem di sesuatu kawasan organ pada tubuh badan dipanggil miasma. Tidak ada satu kejadian yang sia-sia. Kombinasi bakteria atau miasma yang betul akan memberikan manfaat di sesuatu tisu sel tempat atau habitat miasma tersebut.

Miasma terdapat di mana-mana sahaja di sekeliling kita. Setiap hari kita memperolehi miasma melalui pemakanan dan sentuhan di sesuatu permukaan. Kehadiran miasma di sesuatu tisu sel akan membantu membentuk sebuah ekosistem daripada simbiosis antara sel dan miasma. Tanpa kehadiran miasma yang mencukupi atau yang bersesuaian, sesuatu sel tidak seimbang, mudah rosak atau mati. Kepentingan peranan miasma menjadikan teori pensterilan tidak boleh diterima.

Pensterilan Radioaktif Makanan
Pensterilan Radioaktif paling banyak digunakan dalam industri pemakanan (Food Irradiation Sterilised). Logam yang digunakan untuk mengetin makanan akan disterilkan dengan sinaran gamma radioaktif. Kesan radioaktif yang telah dipancarkan ke atas logam akan mengambil masa puluhan tahun untuk menjadi neutral dengan sendiri. Ketika itu, tidak akan ada sebarang bakteria, virus atau kulat yang akan membiak atau hidup di dalam tin tersebut.

Kesan pensterilan terhadap tin tersebut akan menjadikan makan di dalamnya amat reput pada tahap yang amat rapuh. Tulang ikan sardin yang sepatutnya liat dan kukuh menjadi sangat rapuh. Laici atau buah dalam tin juga menjadi sangat reput dan rapuh berbanding dengan laici yang segar. Kini selain sardin dan buah, terdapat bermacam-macam lagi makanan yang lain ditinkan dalam tin yang telah disterilkan dengan sinaran radioaktif. Mungkin hampir sebahagian besar kita setiap hari minum minuman bercampur susu krim yang ditinkan.

Pensterilan Radioaktif Peralatan Pembedahan
Semua peralatan pembedahan sama ada yang baru digunakan atau yang digunakan semula akan disterilkan dengan kaedah radioaktif. Memandangkan hampir semua peralatan pembedahan menggunakan logam, maka kesan radioaktif akan kekal di atas logam tersebut dalam tempoh yang lama.

Peralatan Pembedahan

Pesakit yang menjalani pembedahan, selain mengalami masalah kerosakan saraf akibat luka dan kehilangan sel darah akibat pertumpahan darah, turut mengalami masalah kematian sel-sel dorman di kawasan pembedahan serta kesan pencemaran radioaktif di kawasan tersebut.

Pensterilan Radioaktif Debu Tayamum
Sesuatu kotoran, pencemaran dan najis akan menyebabkan kehadiran sesuatu bakteria berbahaya yang boleh menjejaskan kesihatan. Kehadiran miasma akan mengawal dan meneutralkan populasi bakteria berbahaya.

Berwuduk dengan air ialah rahsia pembersihan daripada sebarang kotoran dan memotong gelombang-gelombang radioaktif yang terperangkap di permukaan bahagian organ yang terdedah. Berwujuk dengan niat (sahaya aku mengangkat hadas kecil KERANA ALLAH TAALA) ialah rahsia penghantaran gelombang elektromagnetik yang amat hening dan mempertenagakan (vibrationer) air wuduk tersebut. Oleh itu, segala bakteria berbahaya akan dibersihkan selain juga membersihkan gelombang elektromagnetik tubuh (biasa disebut aura).

Tayammum semulajadi
Tanpa kehadiran air, konsep yang sama matlamatnya seperti penggunaan air ialah Tayamum. Rahsia dan Hikmah terbesar melakukan tayamum dari segi saintifik ialah supaya bahagian yang disapu dengan debu itu nanti akan menerima kehadiran miasma yang amat bermanfaat untuk kesihatan dan kebersihan tubuh.
Zaman serba moden, hampir semuanya boleh dikormersialkan bagi tujuan kemudahan. Debu tayamum yang dikomersialkan terpaksa melalui prosedur pensterilan radioaktif untuk menyahkan sebarang mikroorgaisma di dalam debu tersebut. Akibatnya tidak akan wujud sebarang miasma di dalam debu komersial seperti yang boleh diperolehi secara semulajadi. Tetapi yang lebih bahaya ialah kesan pensterialan radioaktif akan meninggalkan kesan radioaktif gelombang jarak jauh (sinaran gelombang gamma) yang amat memudaratkan sel-sel dorman tubuh manusia.
Debu Tayammum di pasaran

Pensterilan Radioaktif Lumpur
Terdapat juga virus yang tidak boleh dimusnahkan dengan mudah. Virus ini masih tidak boleh mati walaupun dididihkan pada suhu 100 darjah celcius dalam tempoh 30 minit. Malah tidak menunjukkan sebarang kesan walaupun direndam dalam antibiotic selama 30 minit.

Untuk mengatasi masalah ini, virus ini hanya boleh dikambus atau dialirkan daripada tubuh. Virus yang menyebabkan penyakit adalah bercaj positif. Oleh itu, bahan yang boleh menyerap dan seterusnya mampu mengalirkan virus ini ialah dari jenis mineral ringan (kerana mineral ringan bercaj negatif). Mineral ringan hanya boleh diperolehi daripada lumpur sahaja. Sifat lumpur yang mengandungi mineral ringan adalah neutral dan rasanya masin atau merupakan sejenis garam.

Dalam pancaran sinar radioaktif, bakteria akan kelihatan berwarna putih atau silver
Setiap amalan atau perbuatan akan mendatangkan keseimbangan terhadapnya. Sesuatu dosa yang dilakukan akan mengakibatkan wujud satu virus yang baru dan amat sukar dirawat jika ia menyebabkan penyakit. Untuk merawat virus ini hanya taubat yang boleh mengalirkan air mata yang masin sahaja yang mampu mengalirkan virus ini keluar bersama-sama dengan air mata tersebut. Umat nabi Luth telah menghasilkan sejenis virus yang berbahaya dan boleh memusnahkan kemandiran atau memupuskan spesis manusia. Oleh itu, sebagai keseimbangan, garam dari dasar bumi timbul dan menenggelamkan kaum tersebut supaya virus tersebut terpendam dan tidak aktif.

Seseorang yang mengalami masalah sakit gigi atau gusi, boleh mengalirkan bakteria yang menjangkiti kawasan tersebut keluar bersama sama air garam yang dikumurkan.

Haiwan tertentu seperti anjing dan khinzir serta bahagian-bahagian daripadanya termasuk najisnya (najis berat / mughallazah) mempunyai gelombang elektromagnetik yang amat panas dan infra red tinggi. Gelombang ini akan mengundang kehadiran banyak virus dan bakteria. Dalam tulang khinzir, terdapat hampir kesemua jenis virus yang ada di seluruh muka bumi. Apabila kita tersentuh dengan bahagian atau najis haiwan ini (samak), kita diwajibkan untuk menyucikannya (menyamak) dengan 1 per 7 bahagian air lumpur. Dari segi saintifik, air lumpur akan mengalirkan bakteria atau virus berbahaya daripada kawasan tubuh badan yang tersentuh.


Apabila lumpur dikomersialkan, ia terpaksa melalui prosedur pensterilan radioaktif yang akan menukar mineral ringan menjadi berat. Mineral berat tidak mampu menarik dan mengalirkan virus ini keluar. Akhirnya produk ini tidak berfungsi mengikut konsep matlamatnya seperti keadaan semulajadi.

Kesan Mudarat Pensterilan
Secara asasnya setiap sekali seseorang mengambil makanan dalam tin, banyak sel dorman akan mati.

Mereka yang mengamalkan dengan kerap pengambilan makanan dalam tin berisiko mendapat penyakit berkaitan tulang dan saraf seperti arthritis, osteoporosis, parkinson, leukemia, meningitis dan sebagainya. Selain itu, kemungkinan akan berlaku masalah gangguan hormon terutama kelenjar pituitary dan kelenjar-kelenjar yang lain seperti masalah prostat.

Bagi mereka yang telah sedia ada mengidap penyakit berkaitan tulang terutama sakit tulang belakang, ketika itu kesan kesakitan akan terasa.

Debu tayamum dan lumpur bersuci yang dikomersialkan setalah melalui proses pensterilan radioaktif sudah kehilangan konsep penyucian dari sudut saintifik.

Masalah ini boleh diatasi dengan rawatan Aromatherapy Seri Wangi yang akan memotong dan menstabilkan kesan mudarat steril radioaktif.



Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

Isnin, 3 Disember 2007

Suhu Spektrum Elektromagnetik

Spektrum Elektromangetik sebagai gelombang cahaya mempunyai dua keadaan sama ada yang panas atau sejuk. Warna yang dapat dilihat wujud pada jarak spektrum yang kecil iaitu berukuran pada nanometer sahaja.
Cahaya nampak adalah sejuk
Cahaya nampak adalah sejuk. Selain daripada cahaya nampak adalah panas.
Kedudukan gelombang ultraviolet
Gelombang ultraviolet juga mempunyai dua keadaan sejuk dan panas yang wujud pada atmosfera menurut waktu yang tertentu. Oleh itu, gelombang ultraviolet pada waktu pagi (iaitu kira-kira pukul 2.00 hingga 4.00 pagi) adalah baik untuk kesihatan kerana ia bersuhu sejuk dan bertekanan tinggi, sementara gelombang ultraviolet pada waktu siang yang terbocor akibat penipisan lapisan ovon amat merbahaya kerana bersuhu panas dan memberi kesan kepada tubuh.
Ultraviolet waktu pagi
Manusia dan hidupan di bumi ini hanya memerlukan cahaya yang nampak iaitu sebagai spektrum warna pelangi yang setara dengan warna dalaman tubuh pada tahap keseimbangan. Gelombang yang sama ada terlalu pendek atau panjang pada keadaan panas akan membawa kesan buruk kepada kesihatan.

Secara dasarnya, setiap kejadian mempunyai pasangan iaitu baik dan sebaliknya yang perlu dilihat dari sudut yang tertentu supaya mendatangkan kebaikan kepada manusia sendiri.

Lapisan ozon sebenar (secara semulajadi) yang berada pada ketinggian 15 hingga 48 kilometer di atmostera bumi bertindak menapis gelombang UV yang berlebihan dan berbahaya. Namun kini lapisan ozon yang terhasil daripada asap kenderaan atau industri menutupi sebahagian besar udara bumi pada aras yang lebih rendah. Ini sebenarnya menghalang cahaya UV yang diperlukan untuk tubuh manusia dan terjadilan pelbagai jenis penyakit.
Bumi dihentam oleh kepanasan matahari
Bumi sentiasa dihentam oleh gelombang panas matahari. Ultraviolet daripada cahaya matahari adalah panas
Ultraviolet panas disejukkan oleh ozon
Gambar di atas menunjukkan sinar Ultraviolet panas disejukkan oleh lapisan ozon. Untuk membesarkan gambar, sila klik di atas gambar, kemudian klik sekali lagi simbol yang muncul di sebelah kanan bawah gambar.

Jarak gelombang cahaya dikenalpasti mempunyai julat dan kesan yang berbeza. Cahaya nampak yang membentuk spektrum tujuh warna hanya pada ukuran nanometer berbanding dengan gelombang cahaya lain yang membahayakan kesihatan. Sinar gamma, sinar-x dan sinar ultraviolet lebih pendek jarak gelombangnya berbanding cahaya nampak.

Dalam konteks ini, Attitude Therapy mengenalpasti bahawa keadaan di mana wujudnya gelombang cahaya yang berguna untuk kehidupan namun sebagai pasangannya, terdapat gelombang cahaya yang tidak sesuai. Contohnya sinar ultraviolet yang pada suatu keadaan ia sangat baik untuk perawatan kesihatan iaitu bersuhu sejuk berbanding dengan gelombang ultraviolet yang panas.
Ultraviolet Hidrotherapy Ice
Attitude Therapy mengaplikasikan ozon dan penggunaan lampu ultraviolet dalam kaedah mandian Hidrotherapy Ice.

Sebenarnya semua kejadian tercipta secara berpasangan iaitu kebaikan dan keburukan. Keseimbangan yang dikawal dan manusia akan menentukan keadaan yang lebih harmoni dalam kehidupan. Para ilmuan disarankan agar meneliti lebih lanjut mengenai fenomena alam ini agar kefahaman yang mendalam tentang alam semesta diperolehi.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email
Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)