Selasa, 30 September 2008

Temuramah Majalah KONSEP (Bahagian 4/9)

Perkembangan teknologi rawatan alternatif yang sungguh pantas, adalah sesuatu yang ketinggalan bagi mereka yang gagal memberi perhatian terhadap perkembangan era baru penjagaan kesihatan ini. Kemunculan rawatan alternatif telah memberi kolum baru dalam media dan menjadi buah mulut masyarakat hari ini. Berikut ialah sesi seterusnya temuramah antara Dr. Ariffaizal bersama editor Majalah KONSEP.

Majalah KONSEP keluaran Oktober 2008

SOALAN KEEMPAT: Keistimewaan perubatan alternatif berbanding kaedah perubatan sedia ada:

Apa sahaja mengenai perubatan alternatif adalah sangat istimewa. Daripada falsafah ilmu, cara perubatan malah personaliti perawat itu sendiri.

Ilmu yang dipraktikkan dalam kaedah rawatan alternatif sangat berkait rapat dengan kehidupan manusia seharian. Misalnya cara berfikir yang positif, amalan cara makan dan minum sehingga lah cara tidur yang betul. Kesemua amalan ini hendaklah bermatlamat yang baik kerana kesemuanya amat berkait rapat dengan kesihatan sesuatu organ pada tubuh badan itu sendiri. Malah apa sahaja amalan dan pemikiran yang baik adalah “ubat” semulajadi kepada sesuatu penyakit dan menjadikan tubuh “imun” daripada sebarang penyakit.

Keupayaan merawat penyakit kronik, berhadapan dengan keadaan kritikal atau yang diangap tiada harapan untuk sembuh oleh rawatan klasik

Dalam rawatan alternatif, penyakit yang dianggap kronik dan dikatakan tiada harapan untuk pulih sebenarnya masih boleh dirawat melalui kaedah rawatan alternatif. Pesakit yang berjumpa dengan pengamal perubatan alternatif akan disambut dengan senyuman mesra. Kemudian pesakit ini diberitahu bahawa penyakit ini masih ada harapan untuk pulih dan rawatan masih ada untuk diikhtiarkan. Tidak dapat dinafikan bahawa penyembuhan itu adalah dengan izin Allah, tetapi apabila pesakit ini mendengar kata-kata yang penuh semangat itu, ia terus merangsang kelenjar pineal pesakit untuk merembeskan hormon melatonin yang berperanan memberikan tenaga dan keceriaan semula kepada pesakit yang selama ini telah diberitahu malah dijangkakan tempoh hayatnya. Rawatan alternatif begitu percaya bahawa semua penyakit itu ada ubatnya kecuali maut. Kata-kata tersebut dinyatakan secara jujur kerana memang terbukti penyakit tersebut sebahagian besar daripadanya pulih dengan sempurna. Bezanya sama ada ia cepat atau memakan sedikit masa untuk pulih.

Rawatan alternatif bukan mengkatagorikan tubuh dan ilmu kesihatan ini sekadar fizikal semata-mata, malah ia merangkumi aspek emosi, mental dan spiritual. Oleh itu, segala aspek mengenai rawatan dan penyembuhan adalah mengambil kira semua faktor yang menyeluruh atau digelar “holistik”. Rawatan alternatif tidak bersandarkan kepada akal logik semata-mata berbanding dengan rawatan allopati yang terikat dengan ujikaji makmal. Selagi tidak dapat dibuktikan secara ujikaji makmal bahawa penyakit itu boleh disembuhkan, maka selagi itu penyakit tersebut dianggap tidak boleh dirawat.

Hampir kesemua pengamal rawatan alternatif yang beragama Islam akan meletakkan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan utama dalam aktiviti merawat dan amalan falsafah ilmu. Faktor penyerahan (tawakkal), bersabar, ikhlas dan redho ialah antara faktor penyembuhan yang paling utama.

Surah Am-Nahl ayat 68 dan 69

Surah An-Nahl, ayat 68; Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.

Surah An-Nahl, ayat 69; Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.

Madu diambil daripada pelbagai jenis bunga yang berlainan warna

Doa ketika takbir ketiga solat jenazah,

Bacalah doa Ya Allah, Ampunilah dia, kasihanilah dia, selamatkanlah dia, maafkanlah dia, muliakanlah tempat dia dan lapangkanlah jalan masuk dia, mandikanlah dia dengan air, salji, kesejukan, cucikanlah dia daripada kekotoran, gantikanlah rumah yang paling baik daripada rumahnya, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya, isteri yang lebih baik daripada isterinya. Masukkanlah dia kedalam syurga dan lindungilah dia dari seksa kubur, fitnahnya dan dari seksa neraka.

(Hadith Riwayat Muslim dari Abdul Rahman bin Auf bin Malik r.a)

Surah Sood ayat 42

Surah Saad, ayat 42; (Maka Kami kabulkan permohonannya serta Kami perintahkan kepadanya): Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu (setelah dia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): Ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin).

Bagi pengamal rawatan alternatif yang bukan beragama Islam, mereka percaya faktor tawakkal, sabar, ikhlas dan redho ini bukan sahaja merupakan faktor penyembuhan, malah merupakan kuasa penyembuh (Healing Power) pada diri mereka. Itu lah sebabnya mengapa pengamal-pengamal rawatan alternatif amat merendah diri dan tidak sombong atau bongkak apabila bertembung dengan pengamal rawatan allopati. Sedangkan dari segi perbandingan ilmu, falsafah ilmu rawatan alternatif adalah jauh lebih tinggi daripada kaedah rawatan allopati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi berkongsi pendapat, meninggalkan komen atau soalan untuk blog ini. Semoga anda berbahagia, murah rezeki dan diberkati Allah.

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.