Ahad, 16 November 2008

Rahsia Bunyi Membentuk

Bunyi boleh membentuk. Semua jisim terikat molekulnya sehingga menjadikan ia boleh membentuk. Bentuk yang terjadi bergantung kepada niat. Niat boleh menghasilkan bunyi.

Ujian ringkas boleh dijalankan terhadap ikatan molekul air. Bunyi persekitaran mempengarui ikatan molekul air. Semakin hening bunyi maka semakin sempurna pembentukan ikatan molekul.

Garam Sebagai Rahsia Bunyi

Bentuk garam sentiasa mantap dan tidak mudah dipengaruhi oleh keadaan persekitaran. Oleh itu, garam ialah medium terbaik untuk membantu pembentukan.

Garam Dalam Rahsia Teori Ruang Dan Masa

Kehadiran tenaga asing seperti Jin dan makhluk halus dalam sesuatu kawasan menunjukkan kehilangan bunyi di kawasan tersebut. Kemungkinan kawasan tersebut suram, tidak ada peredaran udara yang sempurna, hangat dan berbau busuk. Rumah yang mendapat gangguan spiritual biasanya mewujudkan suasana yang tidak menyihatkan.

Menaburkan garam pada ruang yang terganggu dengan niat untuk membaiki keadaan akan membantu mengatasi gangguan di kawasan tersebut.

Aplikasi Garam Memulihkan Bentuk

Struktur organ yang lemah akan melemahkan ikatan struktur dan merobohkan bentuk. Antara contoh gejala yang berlaku akibat keruntuhan ialah;

  1. Usus collaps (usus runtuh) - menyebabkan kemandulan akibat rahim terhimpit - menyebabkan perut buncit bagi lelaki.
  2. Hernia - tisu yang menyokong usus masuk ke ruang scrotal (kantung testis).
Selain beberapa gejala ini, terdapat beberapa keadaan yang merungsingkan bagi sesetengah keadaan seperti kejatuhan otot, lemak yang mengelebeh, pipi londeh dan sebagainya. Ia merungsingkan kerana menghilangkan bentuk dan rupa yang cantik. Sebenarnya selain kehilangan rupa yang cantik, perkara yang utama ialah ia menggambarkan kemerosotan kesihatan dan tanda kekurangan bunyi untuk mengekalkan bentuk.

Garam biasa diperoleh melalui air minuman atau makanan yang mengandungi kandungan mineral alkali yang tinggi.

Mengamalkan garam dapat mengatasi masalah terjadinya keloid, menaikkan otot tubuh dan otot wajah (face lift), mengatasi hernia dan sebagainya.

Mengambil garam atau mineral ringan (mineral beralkali) akan membantu mengekalkan awet muda dan mengatasi masalah kehilangan bentuk akibat kehilangan bunyi.

Mandian Garam

Dalam kaedah Hidrotherapy Ice, garam turut diletakkan sebagai salah satu bahan untuk melengkapkan proses rawatan ini. Sebagai amalan biasa, kita boleh meletakkan segenggam garam kasar di dalam kolah mandi untuk mendapat manfaat kesegaran dan kesihatan di samping mengembalikan bentuk tubuh.

Bunyi Membentuk dan Memusnahkan

Bunyi boleh membentuk, tetapi juga juga boleh memusnahkan. Sebenarnya bentuk sentiasa diperbaharui. Oleh itu, bentuk yang lama akan sentiasa diperbaharui kepada yang baru. Ia akan mengakibatkan bentuk yang lama dimusnahkan.

Sifat malas, suka beristirehat berlebihan, kurang berfikir secara kreatif ialah keadaan yang akan menghilangkan tenaga bunyi di dalam tubuh. Oleh itu, tubuh akan kehilangan bentuk.

Bentuk tubuh manusia yang semulajadi akan cantik bersama pemikiran yang mulia.

Bentuk Tubuh

Keemua jisim terbentuk melalui ikatan secara bertiga-tiga (membentu segitiga) secara berterusan. Semakin sempurna pembentukan setiga itu maka semakin sempurna bentuk sesuatu jisim.

Pembentukan yang lengkap akan membentuk RNA - DNA - Kromosom - Nukleus sehinggalah ke sel dan tubuh keseluruhan. Segalanya bermula daripada ikatan molekul secara bertiga-tiga.

Keunikan Bunyi Pada Wanita

Wanita mempunyai beberapa keadaan yang sungguh unik. Bentuk tubuh wanita pula amat mudah tercemar dalam keadaan atmosfera luar rumah. Semakin tubuh itu dilindungi bentuknya, maka semakin kekal bentuk semulajadi tubuh. Tetapi semakin rupa tubuh didedahkan, maka semakin mudah ia dipengaruhi oleh aliran elektromagnetik dalam bentuk bunyi persekitaran.
Gambar di atas menunjukkan kesan aruhan elektromagnetik terhadap tubuh yang terdedah dalam atmosfera luar rumah terutama setelah mencecah umur 40 tahun ke atas.
Gambar di atas menunjukkan tubuh wanita yang dilindungi tidak menerima kesan daripada aruhan elektromagnetik luar rumah. Oleh itu bentuk tubuh masih boleh dikekalkan.

Berbeza bagi lelaki, tubuh lelaki akan semakin tegap sekiranya mereka kerap keluar rumah dan melepaskan bentuk tubuhnya.

Pembentukan Keloid

Keloid terjadi apabila molekul terus mencari ikatan disebabkan ketiadaan bunyi. Akibatnya tisu-tisu kulit masih terus tumbuh secara berterusan dan membentuk keloid.

Kelebihan Mengamalkan Garam
  1. Mengamalkan garam sebelum makan membantu menjadikan nutrient membantuk zat yang boleh bersenyawa dengan sel.
  2. Mandi dengan air yang dimasukkan dengan garam membantu membentuk tubuh ideal.
  3. Mencuci wajah dengan Formula Cleansaroma yang dicampurkan sedikit garam membantu membentuk wajah.
  4. Mengamalkan memakan Soul Salt membantu mengelakkan gejala usus prolaps, hernia dan kekenduran otot.
  5. Darah yang mengandungi cukup mineral (garam) akan mencegah pembentukan keloid apabila terjadi luka.
Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi berkongsi pendapat, meninggalkan komen atau soalan untuk blog ini. Semoga anda berbahagia, murah rezeki dan diberkati Allah.

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.