Sabtu, 4 Oktober 2008

Temuramah Majalah KONSEP (Bahagian 8/9)

Organ dan karektor amat berkait rapat dan saling mempengaruhi antara satu sama lain. Begitu juga personaliti iaitu hasil kelompok beberapa bahagian organ dalam sesuatu zon tubuh.

SOALAN KELAPAN: Bagaimana mahu melahirkan individu yang sihat fizikal, mental, emosi dan spiritual?

Spiritual

Untuk mendapatkan kesihatan spiritual, seseorang itu perlu melalukan banyak amal ibadat dan menyandarkan diri kepada Maha Pencipta. Amal ibadat menjadikan seseorang itu bertambah hehing. Semakin kuat keyakinan dan iman seseorang, maka semakin tinggi tahap kesihatan spiritualnya.

Emosi

Tabah menghadapi sesuatu akan menyihatkan kesihatan emosi. Bersabar ialah jalan yang paling baik untuk menjaga emosi. Berfikir secara matang dan mengetepikan keinginan hawa nafsu akan mengasi jiwa yang mudah lemah dan bersedih.

Mental

Pemikiran ialah antara faktor utama yang mempengaruhi kesihatan. Organ yang terlibat dengan pemikiran ialah organ-organ pencernaan. Oleh itu pemakanan ialah faktor utama yang menyebabkan kesihatan mental terganggu. Menjaga makan dengan cara mengurangkan pengambilan makanan, makan secara seimbang dan memilih makanan yang menyihatkan ialah cara terbaik untuk mengatasi masalah ini. Makanan yang baik, bersih dan halal akan mempengaruhi minda yang positif. Pemikiran yang positif akan melahirkan perbuatan yang ikhlas.

Fizikal

Kesihatan fizikal bergantung kepada amalan yang baik. Ia boleh dijana dengan cara berbakti kepada orang lain. Berusaha dengan bersungguh-sungguh dan berkorban menggunakan tulang empat kerat untuk membantu keluarga dan masyarakat ialah satu kerelaan yang mulia. Berinfak (menderma) sebahagian harta ialah amalan yang melatih diri mudah redho.

Personaliti dan tubuh

Personaliti

Sifat Keseimbangan

Perumpamaan Unsur

Petua Keunggulan Personaliti
SPIRITUAL Hening /SyukurAnginKeyakinan kepada Maha Pencipta.

Membina keazaman /cita-cita / menetapkan sesuatu matlamat hidup yang positif.

Bersyukur dan bertawakkal setelah berusaha ialah tanda keyakinan yang terulung.

Bersosial dan bermasyarakat akan menguatkan keceriaan dan immune tubuh.
EMOSISabarApiElakkan pengaruh hiburan yang melalaikan, hidoristik boleh merosakkan level emosi.

Tabah dan bersabar apabila menghadapi ujian dan musibah.
MENTALIkhlasAirBerpuasa atau kurangkan makan.

Memilih makanan yang berkhasiat atau awasi pengambilan makanan.

Tidak mengungkit perkara yang lalu.

Memaafkan seluruh umat manusia.

Berfikir perkara yang positif.
FIZIKALRedhoTanahMelakukan amalan yang baik atau kerja-kerja kebajikan.

Meningkatkan amal ibadah.

Bekerja dengan penuh kesungguhan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi berkongsi pendapat, meninggalkan komen atau soalan untuk blog ini. Semoga anda berbahagia, murah rezeki dan diberkati Allah.

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.