tag:blogger.com,1999:blog-5497532489949246250.post5508744219345607543..comments2023-07-07T21:44:23.736+08:00Comments on ATTITUDE THERAPY: Ringkasan Formula CL 3ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFINhttp://www.blogger.com/profile/03957005044729861405noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-5497532489949246250.post-28987265216110720082008-01-08T15:14:00.000+08:002008-01-08T15:14:00.000+08:00Kini bukan orang dewasa sahaja boleh kena sakit ke...Kini bukan orang dewasa sahaja boleh kena sakit kepala, kanak-kanak juga tidak terlepas.Pakar Pediatrik Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr Roliza Ibrahim, berkata bukan saja kanak-kanak berusia setahun ke atas mengalami sakit kepala, malah bayi.Mari kita kongsi apa itu migrain dariistilah perubatan moden.

Sakit kepala disebabkan migrain terbahagi kepada dua jenis, ‘common migrain’ dan ‘classical migrain’.
‘Classical migrain’ adalah sakit kepala yang disertai amaran iaitu aura.
Aura adalah gangguan visual yang menyebabkan seseorang itu terasa disuluh dengan cahaya. Sakit kepala jenis ini berlaku dalam kepala.
‘Common migrain’ pula sakit kepala yang tidak disertai aura. Sakitnya itu terjadi di sebelah bahagian kepala saja.
Common migrain tidak begitu sakit, tetapi berpanjangan. Biasanya keadaan ini dicetuskan pelbagai faktor seperti makanan, tekanan atau melakukan aktiviti fizikal terlalu lasak.
“Sakit kepala boleh diubat dengan mudah dengan hanya mengambil panadol, tetapi dos yang diberikan mestilah sesuai dengan usia dan berat badan kanak-kanak itu. Jika sakit kepala terlalu kerap menyerang dan mengganggu pelajaran, pemeriksaan lanjut dengan pakar perubatan harus dibuat,” katanya.
FAKTA
Sakit kepala
• Kebanyakan sakit kepala berlaku di luar tengkorak, dalam saraf, salur darah dan otot yang melindungi kepala dan tengkuk.
• Otot atau salur darah boleh bengkak, sempit atau melalui perubahan yang menstimulasi atau memberi tekanan pada saraf keliling.
Migrain
• Saraf ini menghantar mesej rasa sakit kepada otak yang menyebabkan sakit kepala.
• Disebabkan tekanan dan ketegangan fikiran.
• Oleh sebab salur darah di bawah kulit kepala berkembang, menyebabkan serat saraf yang ada kaitan dengannya membengkak serta mengeluarkan bahan kimia rasa sakit.
• Membabitkan sistem saraf automatik sehingga menyebabkan pesakit berasa loya, muntah, cirit, seram sejuk, kabur penglihatan dan lebihan sensitiviti kepada cahaya dan bunyi.
• Biasanya diwarisi dalam keluarga.Tanda migrain
• Sakit kepala (di sebelah atau kedua-dua belah kepala).
• Sakit berdenyut.
• Semakin sakit jika melakukan sebarang aktiviti.
• Rasa mual yang mungkin diikuti dengan muntah.
• Sensitif pada cahaya dan bunyi.
• Jika tidak dirawat, ia boleh berlanjutan empat hingga 72 jam (berbeza antara individu).
• Serangan mungkin berlaku beberapa kali sebulan atau hanya sekali setahun.

Sumber: Berita Harian dan bacaan dari internetbabylitohttps://www.blogger.com/profile/17776630556601020814noreply@blogger.com