Khamis, 6 November 2008

Formula JERI

Pembelajaran bukan sekadar melibatkan organ telinga yang mendengar dan mata yang melihat. Tetapi semua organ juga terlibat termasuk hidung, mulut (lidah), bulu roma (kening) dan kulit. Keupayaan optimum organ-organ ini menentukan tahap penyerapan ilmu dan melancarkan proses pembelajaran. AttitudeTherapy melalui penyelidikan dan pengalaman yang luas dalam usaha mengoptimumkan proses pembelajaran telah menghasilkan formula khas untuk mengaktifkan deria-deria penting ini untuk membantu kekonduksian ilmu melalui kederiaan lebih tinggi. Formula ini berperanan untuk mencetus reaksi pengesanan positif ibubapa dan anak-anak.

Pengalaman yang memberikan kesan dan perkembangan ilmu ini adalah daripada kajian, teori, amalan dan penggunaan formula JERI (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek).

Bagaimana Ia Bertindak ?

Formula ini dihasilkan menurut keseimbangan tahap tenaga yang tersusun dan teratur secara peringkat umur. Bermula sejak lahirnya seseorang, program DNA akan mencerna kepelbagaian program hidup menurut sistem tertentu.

Usia pada peringkat kanak-kanak sepatutnya diisi dengan progam yang berupaya membina kekuatan berfikir secara kreatif di samping kecergasan fizikal. Setiap organ tubuh pula memiliki tenaga potensi tertentu untuk merangsang keupayaan seluruh tubuh untuk menghasilkan tindakbalas positif atau negatif secara jasmani dan rohani.

Namun kebanyakan kanak-kanak pada zaman ini telah terdedah kepada pelbagai risiko pengubahsuaian genetik yang mengakibatkan lemahnya daya berfikir dan fizikalnya sendiri yang turut lemah. Aspek pemakanan adalah faktor paling utama dalam masalah kesihatan dewasa ini.

Merangsang Rembesan Hormon Untuk Daya Berfikir

Hormon-hormon yang dirembeskan oleh otak adalah neurotransmitter yang menjadi pengutus yang bergerak dari satu-satu sel otak ke sel otak yang lain. Neurotransmitter adalah isyarat kimia yang digunakan oleh neuron-neuron otak untuk berkomunikasi antara satu sama lain yang akan membuatkan otak berfungsi. Neurotransmitter inilah sebenarnya yang membantu dalam menentukan bagaimana kita berperasaan, berfikir dan bertindak.

Rangsangan Gelombang di Otak

Formula ini menerbitkan rangasangan otak yang paling dasar iaitu nukleus sel melalui tenaga yang dinilai sebagai gelombang berfrekuensi rendah dan cetusan gema yang konsisten. Tenaga yang tidak dapat dikesan melalui pengukuran biasa tetapi ia wujud dalam bentuk kepercayaan, keheningan, kesabaran, keikhlasan dan keredhaan yang sangat berkuasa.
Gambaran Formula Brain Sugar
Gambarajah di atas menerangkan Formula JERI menghantar isyarat spesifik kepada kawasan otak spesifik bagi menjana rangsangan organ berlainan.

Tahap umur yang dikemukakan adalah rujukan bagi tahap psikologi. Pengguna pelbagai peringkat usia boleh mengambil formula ini yang akan bertindak menurut sistem tubuh secara semulajadi.

Gerakan Daya Minda

Bagi mereka yang telah melepasi umur 12 tahun, formula ini akan bertindak untuk 'mengembalikan' semula nilai karekteristik yang sebenarnya tersimpan di dalam setiap sel tubuh. Rangsangan demi rangsangan melalui pengambilan yang kerap dan konsisten memberikan daya yang seimbang untuk proses pengubahsuaian secara spiritual, emosi, minda malah hingga ke tahap fizikal.

Menjana Tenaga Berfikir Kreatif

Menggabungkan tahap tenaga paling dasar iaitu spirit, emosi dan minda secara relatif dengan tahap fizikal berasaskan prinsip keserentakan dalam menuju kehidupan yang sihat dan sejahtera. Membantu merangsang proses mengenalpasti kecenderungan dan kemahiran diri dalam membentuk pengkhususan bidang yang akan diceburi sebagai kerjaya yang harmoni. Tanpa sebarang komplikasi dan kesan sampingan. Tanpa peralatan perangsang otak seperti "Brain Peacemaker" dan sebagainya yang boleh memberikan banyak gangguan kepada isyarat asal tubuh.

sex spermMencetus daya kepada akal untuk berfikir bermula daripada bayi / kanak-kanak
sex spermMerangsang perasaan "Suka dan Hendak" - "Semuanya Baik"
sex spermMerangsang rasa kepuasan sebagai satu keperluan otak
sex spermMencetus rasa penghargaan dan hormat kepada diri sendiri
sex spermMenyerlahkan personaliti sebenar
sex spermMeningkatkan "Kesedaran Diri"

Menekankan prinsip berikut;

Melawan daya dorongan ke arah persepsi-tingkahlaku-amalan negatif.

Menggerak daya pacuan ke arah persepsi-tingkahlaku-amalan positif.
Formula yang mencetus kehadiran tenaga dalam perangsangan yang diperlukan untuk menerbitkan tindakan / reaksi otak. Cetusan dapat diukur melalui kecepatan mesej / isyarat sehingga 0.5 milisaat untuk sampai ke otak melalui sistem deria dan litar neuro.
sex spermMemberikan isyarat positif kepada tubuh melalui otak
sex spermMenukar corak tenaga dan karektor menurut mesej yang dihantar
sex spermMengawal keadaan kecenderungan negatif
sex spermMemperbaiki kepincangan tenaga
sex spermMengubah secara kimia zat-zat makanan yang terpendam
sex spermMeningkatkan tindakan super sedar
sex spermMeningkatkan rangsangan otak
sex spermMemberikan rasa selesa dan tenang
sex spermMeningkatkan daya ketahanan fikiran dan tubuh dalam sebarang pengujaan

1 ulasan:

  1. tq. banyak juga info menarik yang tak pernah didengar sebelum ini. walaupun kadang-kadang ianya agak pelik namun setidak-tidaknya ia dapat memberi pengetahuan kepada saya.

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi berkongsi pendapat, meninggalkan komen atau soalan untuk blog ini. Semoga anda berbahagia, murah rezeki dan diberkati Allah.

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.