Rabu, 22 Oktober 2008

Reflexsology dan Sarung Kaki

Setiap organ pada tubuh badan mempunyai refleks terhadap organ-organ dan bahagian tubuh yang lain. Dalam ilmu biologi, refleks organ kepada otak dan sistem saraf dipanggil sebagai simpatetik. Itulah sebabnya mereka yang mengalami sesuatu masalah penyakit yang paling kronik di mana-mana organ di kawasan abdomen akan mengalami masalah sakit belakang (kerana kesakitan organ akan mengalir ke saraf tulang belakang).
Simpatetik Organ
Gambar rajah di atas menunjukkan simpatetik organ dengan saraf tunjang.
Reflexsology tapak kaki
Gambar rajah di atas ialah carta reflexsology. Ia menunjukkan organ tubuh refleks melalui simpatetik ke bahagian kaki.
Reflexsology tangan
Tangan dan anggota lain tubuh semuanya mempunyai refleks daripada keseluruhan organ tubuh temasuk organ itu sendiri.

Organ pada tubuh badan yang mengalami gangguan, kelemahan atau masalah boleh dialirkan tenaga kepada organ tersebut melalui urutan yang mampu mencapai keseluruhan organ tersebut. Salah satu caranya ialah melalui urutan pada bahagian yang mempunyai refleks yang menyeluruh terhadap tubuh. Tapak kaki merupakan bahagian yang paling menyeluruh refleksnya terhadap organ-organ pada tubuh badan. Kerana itulah wujudnya rawatan urutan Refleksology.

Untuk menjaga kesihatan tubuh yang optimum, memakai sarung kaki adalah amat digalakkan terutama kaum wanita. Berbanding lelaki, kaum wanita dan kanak-kanak lebih mudah kehilangan tenaga melalui tapak kaki disebabkan pengaliran elektron keluar melalui tapak kaki serta mudah dicemari oleh proton dari persekitaran. Oleh itu wanita amat digalakkan untuk memakai stokin atau sarung kaki walaupun berada di dalam rumah terutamanya ketika tidur. Sebagai amalan, memadai sekiranya kaki diselumutkan atau dibedung ketika tidur.
Stokain cotten putih
Stokin yang terbaik hendaklah berwarna putih dan dibuat daripada kain kapas (cotton). Kaki yang terlindung oleh kain kapas terpelihara caj-caj elektromagnetiknya daripada mudah tercemar atau menjadi lemah. Dari kaki yang kotor, lemah dan tercemar, organ-organ tubuh mudah menjadi lemah kesan refleks daripada tapak kaki.Refleks organ pada wajah
Organ pada tubuh juga mempunyai refleks kepada wajah. Mereka yang sihat akan berseri pada wajahnya. Dalam rawatan Attitude Therapy, menyapukan Aromatherapy Seri Wangi kepada wajah atau menggunakan teknik Facial Hidrotherapy Ice akan membantu menterapikan organ melalui wajah. Orang yang sihat tubuh badannya akan berseri wajahnya.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

2 ulasan:

  1. macam lantai saya adalah marmar, dan jubin. saya sering rasa sejuk dan terpaksa pakai selipar di dlm rumah, bolehker?

    BalasPadam
  2. Memijak lantai yang bersih tidak ada masalah walaupun sejuk. Lantai marmar yang selalu dibasuh (dimob) akan membantu mengalirkan proton (atau ion-ion yang tidak diperlukan) ke bumi.

    Kaki yang terdedah ketika tidur atau memijak lantai yang kotor atau lantai daripada batu yang tidak dibasuh dengan kerap boleh memudaratkan tubuh.

    Lantai yang terbaik malah menyihatkan untuk dipijak ialah lantai daripada batu granit hitam, dengan syarat berlu dibasuh setiap hari untuk meneutralkan caj pada lantai batu tersebut.

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi berkongsi pendapat, meninggalkan komen atau soalan untuk blog ini. Semoga anda berbahagia, murah rezeki dan diberkati Allah.

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.