Selasa, 26 Jun 2007

Ringkasan Formula CL 11

Formula untuk mempertenagakan Jantung atau sistem kardiovaskular (cardiovascular) untuk merawat simptom seperti sakit jantung, jantung berlubang, koronari jantung, penderitaan dukacita dan sebagainya.

Berikut ialah ringkasan keterangan Formula CL 11;
FORMULACL 11
NAMA FORMULA
WARNAHIJAU
PANJANG GELOMBANG507 nanometer
WAKTU RESONAN2 jam sebelum waktu Qailulah
(9.00 pagi hingga 11.00 pagi)
PSIKOLOGI KETIKA SIHATSukacita
PSIKOLOGI KETIKA SAKITHampa, risau.
KAWASAN
  1. Jantung.
  2. Sistem kardiovaskular (cardiovascular).
KAITAN/ TANDA / SIMPTOM
  • Sakit jantung / jantung berlubang / koronari (coronary).
  • Sakit pada hati.
  • Sesak nafas serentak dengan berpeluh dan pening.
  • Tersedak ketika makan / ketika ketawa / terkejut.
  • Tekanan darah.
  • Penderitaan / perasaan dukacita.
  • Sakit bahagian dada.
  • Kekurangan oksigen dalam jantung (angina pactoris).
  • Mengawal keadaan yang mudah panik.
  • Mengawal kadar kontraksi jantung (denyutan jantung).
  • Mengawal peningkatan tekanan darah arteri
KETERANGAN FORMULA
  • Hati dan jantung umumnya organ yang boleh disifatkan menanggung bebanan derita, di antaranya disebabkan kesan cinta yang tidak berjaya. Ada beberapa sakit penting yang bermula dari dada yang boleh mengelirukan doktor / perawat dan pesakit.
  • Dalam kebanyakkan kes jantung selalunya normal. Rentak tidak sekata / gangguan pusingan darah. Penyakit jantung merupakan penyakit paling berbahaya selepas kanser dan penyakit pernafasan.
  • Kematian mengejut.
  • Apabila belaku debaran seara tiba-tiba tetapi dapat dikawal (kelemahan otot jantung) berkaitan dengan kelemahan bahagian otak.
  • Debaran kerap terjadi apabila seseorang kerap tidur.
  • Debaran membuatkan seseorang itu cepat marah.
  • Bibir biru, kuku biru, menunjukkan darah kurang mendapat oksigen kerana kegagalan jantung.

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk masalah atau simptom yang berkaitan dengan Jantung atau sistem kardiovaskular (cardiovascular) seperti serangan jantung, jantung berlubang, koronari, penderitaan perasaan dukacita atau sebarang jenis penyakit, sila hubungi saya. Insya Allah kita ikhtiar dengan sedaya upaya;

1 ulasan:

  1. Mstar online melaporkan
    Bienda perlu RM50 ribu untuk bedah jantung berlubang
    24-12-2007 05:09:35 PM
    Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
    PETALING JAYA:

    Penyanyi yang popular dengan lagu Penantian, Bienda atau nama sebenarnya Nor Razlinda Razli memerlukan bantuan sebanyak RM50 ribu untuk menjalani pembedahan penyakit jantung berlubang di bahagian kiri yang dihidapinya sejak beliau dilahirkan.

    Anak kepada penyanyi dangdut Sheeda ini hanya mengetahui penyakit yang dialaminya setelah membuat pemeriksaan pada lima hari lalu di Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur.

    "Saya tidak tahu yang saya menghidap penyakit jantung berlubang sejak lahir lagi. Baru minggu lepas saya mendapat berita ini," jelas penyanyi jelita ini.

    "Sekarang lubang tu sudah 2.5 cm dipangkal atas jantung. Namun, doktor kata beliau masih berpeluang untuk hidup jika menjalani rawatan sebelum terlambat kerana bimbang jika penyakit ini merebak ke bahagian kanan mungkin tiada harapan untuk hidup lagi," kata Sheeda dalam nada sayu.

    Sekarang mari kita lihat kupasan tentang jantung dari segi sains moden.

    Jantung

    Jantung adalah satu organ penting yang mula berfungsi sejak dari janin hinggalah seseorang itu meninggal dunia. Ia mengepam darah untuk membekalkan oksigen dan nutrien ke seluruh badan melalui sistem peredaran darah.

    Jantung yang sihat berupaya mengepam sebanyak 10,000 liter darah sehari. Jantung yang sihat juga akan berdenyut kira-kira 100,000 kali sehari iaitu antara 60 hingga 80 kali seminit.

    Penyakit Jantung

    Seseorang individu boleh mengidap 2jenis penyakit jantung iaitu:

    Penyakit jantung kongenital
    -Berlaku sejak dalam kandungan seperti jantung berlubang dan kecacatan injap jantung.

    Penyakit Jantung Bukan Kongenital
    -Terjadi akibat jangkitan atau cara hidup tidak sihat seperti penyakit jantung koronari.

    Serangan Jantung

    Seseorang itu dikatakan mendapat serangan jantung apabila otot jantungnya tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi disebabkan pembuluh darah menjadi sempit atau bekalan darah terhenti sama sekali.

    Ini terjadi apabila berlakunya pengumpulan lemak yang melekat pada dinding saluran darah yang lama kelamaan menyempit atau menyekat pengaliran darah ke jantung.

    Jika pembuluh darah tersumbat sepenuhnya, ini boleh menyebabkan serangan jantung.

    Faktor-faktor risiko serangan jantung

    -Kurang senaman/tidak aktif
    -Merokok
    -Pemakanan yang tidak sihat
    -Kegemukan
    -Diabetes
    -Tekanan darah tinggi
    -Tekanan perasaan (stress)

    Serangan Jantung Boleh Dicegah

    -Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 20-30 minit setiap kali
    -Makan secara sihat
    -Kekalkan berat badan unggul
    -Berhenti merokok
    -Belajar menangani tekanan perasaan
    -Periksa tekanan darah
    -Periksa paras glukosa darah
    -Awasi paras kolesterol
    -Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala

    Tanda-tanda Serangan Jantung

    Sesak nafas

    -Sakit dada yang menekan-nekan bermula di bahagian tengah atau kiri dada dan biasanya merebak ke lengan kiri dan leher

    -Sakit mencengkam sehingga boleh menyebabkan pitam atau pengsan

    -Berpeluh dingin

    -Berasa sejuk walaupun suhu persekitaran panas

    -Pening kepala dan berasa loya

    Diterbitkan oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Malaysia, 09/2001/

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi berkongsi pendapat, meninggalkan komen atau soalan untuk blog ini. Semoga anda berbahagia, murah rezeki dan diberkati Allah.

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.